Wednesday 1 May 2024

JOM GUNAKAN PENYAMAN UDARA SECARA EFISIEN

 Tetamu nak datang beraya, rumah mesti kena dingin dan selesa

❄️ Pastikan semua tingkap dan pintu harus ditutup dengan rapat supaya penyaman udara anda lebih sejuk dan efisien.
Lagi satu, tetapkan ke suhu optimum antara 24°C-26°C, barulah cekap tenaga! ⚡💪

Monday 29 April 2024

ANALISA TENAGA DASHBOARD UTEM

 







JUSTIFIKASI

1.    Berlaku kenaikan penggunaan tenaga pada bulan Mac 2024  adalah disebabkan oleh aktiviti diluar kebiasaan seperti dibawah.

2.   Aktiviti di luar kebiasaan Januari adalah standby hari pendaftaran pelajar , pemanjangan masa waktu operasi PKU, pembersihan dan pencucian bangunan PKU

3.   Permasalahan aircond yang kerap tidak berfungsi turut meningkatkan penggunaan tenaga.

 

CADANGAN

1.       Pengurangan aktiviti diluar waktu kebiasaan oleh PTJ luar

2.       Pengurangan ruang yang minimum di PKU semasa aktiviti kebiasaan.





AWARENESS KECEKAPAN TENAGA MELALUI RISALAH KEPADA PELAJAR PADA BULAN APRIL 2024

 




Wednesday 24 April 2024

PANTAU PENGGUNAAN HARIAN DIAPLIKASI myTNB

 Dengan cuaca yang kadang-kadang panas tak menentu dan musim open house sekarang ni, pasti ramai nak urus penggunaan elektrik

⚡
Guna je aplikasi myTNB 📱 Anda boleh menetapkan had bil bulanan dengan Energy Budget, kemudian pantau penggunaan harian supaya anda sentiasa kekal dalam bajet! 😉
Muat turun aplikasi myTNB dari Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery di https://bit.ly/4d1YK98 untuk menggunakan fungsi ini.
*Untuk kediaman yang mempunyai Smart Meter sahaja.

Monday 22 April 2024

JANGAN LUPA HADKAN SCREENTIME TELEFON SUPAYA LEBIH JIMAT

 Tak manis lah kalau waktu Raya anak-anak asyik main game je

🙅‍♀️ Galakkan mereka melayan tetamu yang datang dengan menghadkan screentime gajet mereka ⏳📱
Bukan setakat hubungan terjaga, elektrik juga boleh dijimatkan kerana telefon tak senang habis bateri! 🔋

Wednesday 17 April 2024

JANGAN LUPA CHARGE POWER BANK HINGGA PENUH UNTUK KEMUDAHAN KITA

 Waktu ziarah Raya, telefon pula habis bateri. Tak ke kelam kabut?

😰 Nak elakkan benda ni berlaku, terus bawa sekali powerbank yang dah charge penuh macam dalam gambar ni 👇