Wednesday 1 May 2024

JOM GUNAKAN PENYAMAN UDARA SECARA EFISIEN

 Tetamu nak datang beraya, rumah mesti kena dingin dan selesa

❄️ Pastikan semua tingkap dan pintu harus ditutup dengan rapat supaya penyaman udara anda lebih sejuk dan efisien.
Lagi satu, tetapkan ke suhu optimum antara 24°C-26°C, barulah cekap tenaga! ⚡๐Ÿ’ช

Monday 29 April 2024

ANALISA TENAGA DASHBOARD UTEM

 







JUSTIFIKASI

1.    Berlaku kenaikan penggunaan tenaga pada bulan Mac 2024  adalah disebabkan oleh aktiviti diluar kebiasaan seperti dibawah.

2.   Aktiviti di luar kebiasaan Januari adalah standby hari pendaftaran pelajar , pemanjangan masa waktu operasi PKU, pembersihan dan pencucian bangunan PKU

3.   Permasalahan aircond yang kerap tidak berfungsi turut meningkatkan penggunaan tenaga.

 

CADANGAN

1.       Pengurangan aktiviti diluar waktu kebiasaan oleh PTJ luar

2.       Pengurangan ruang yang minimum di PKU semasa aktiviti kebiasaan.





AWARENESS KECEKAPAN TENAGA MELALUI RISALAH KEPADA PELAJAR PADA BULAN APRIL 2024

 




Wednesday 24 April 2024

PANTAU PENGGUNAAN HARIAN DIAPLIKASI myTNB

 Dengan cuaca yang kadang-kadang panas tak menentu dan musim open house sekarang ni, pasti ramai nak urus penggunaan elektrik

⚡
Guna je aplikasi myTNB ๐Ÿ“ฑ Anda boleh menetapkan had bil bulanan dengan Energy Budget, kemudian pantau penggunaan harian supaya anda sentiasa kekal dalam bajet! ๐Ÿ˜‰
Muat turun aplikasi myTNB dari Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery di https://bit.ly/4d1YK98 untuk menggunakan fungsi ini.
*Untuk kediaman yang mempunyai Smart Meter sahaja.

Monday 22 April 2024

JANGAN LUPA HADKAN SCREENTIME TELEFON SUPAYA LEBIH JIMAT

 Tak manis lah kalau waktu Raya anak-anak asyik main game je

๐Ÿ™…‍♀️ Galakkan mereka melayan tetamu yang datang dengan menghadkan screentime gajet mereka ⏳๐Ÿ“ฑ
Bukan setakat hubungan terjaga, elektrik juga boleh dijimatkan kerana telefon tak senang habis bateri! ๐Ÿ”‹

Wednesday 17 April 2024

JANGAN LUPA CHARGE POWER BANK HINGGA PENUH UNTUK KEMUDAHAN KITA

 Waktu ziarah Raya, telefon pula habis bateri. Tak ke kelam kabut?

๐Ÿ˜ฐ Nak elakkan benda ni berlaku, terus bawa sekali powerbank yang dah charge penuh macam dalam gambar ni ๐Ÿ‘‡

Sunday 14 April 2024

ELAK PENGGUNAAN PLUG YANG BANYAK

 Bila terlalu banyak plug dipasang, extension boleh jadi terlalu panas sebab ia menerima lebih aliran elektrik daripada yang sepatutnya

๐Ÿ”Œ Kalau diletakkan berdekatan fabrik yang mudah terbakar macam tilam, jadi lagi bahaya tau! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ˜ง
Semoga kita semua sentiasa selamat dan dilindungi pada Raya kali ini! ☪️

Monday 8 April 2024

GOSOK SEMUA BAJU UNTUK LEBIH JIMAT

Alang-alang dah ON seterika, baik gosok banyak-banyak baju sekaligus, kan? Boleh jimat masa semua orang dekat rumah

Penggunaan elektrik pun boleh dijimatkan tau sebab seterika tak perlu dipanaskan banyak kali ⚡
Jadi, Raya kali ini, bantu keluarga anda gosok baju Raya mereka sekali ๐Ÿ‘š Tapi, seterika tu jangan panas sangat, berlubang pula baju tu nanti ๐Ÿคญ

Sunday 31 March 2024

BERSIHKAN PENAPIS PENYAMAN UDARA DAN BILAH KIPAS SUPAYA LEBIH EFISIEN

 Semua dah mula kemas rumah untuk Raya minggu depan?

๐Ÿงน Jangan lupa bersihkan bilah kipas dan penapis penyaman udara juga tau. Kerana peralatan akan berfungsi dengan lebih efisien bila ia bebas habuk ๐Ÿ’จ
Jadi, walaupun cuaca panas, rumah anda masih boleh kekal sejuk ๐Ÿก❄️ Elektrik pun tak guna banyak! ⚡