Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke
hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata aluan
di dalam Laman Blog Penjimatan Tenaga Pusat Kesihatan UTeM. Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
izinNya Laman Blog ini berjaya dibangunkan dan dipertingkatkan pengisiannya
dari semasa ke semasa.
Syabas dan tahniah diucapkan atas daya usaha semua pihak yang terlibat dalam membangunkan laman Blog ini sejajar dengan perubahan dan perkembangan terkini serta menjadi lebih interaktif dan berinformasi.
Saya amat berharap laman Blog ini dapat menjadi wadah utama seterusnya menjadi medium terbaik untuk menyampaikan fakta yang tepat, ilmu serta maklumat berkaitan Penjimatan Tenaga selain turut memaparkan pelbagai fungsi dan aktiviti Pusat Kesihatan Universiti.
Akhir kata, saya
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi melayari Laman Blog Penjimatan
Tenaga Pusat Kesihatan UTeM. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.
Sekian.
DR MOHAMAD FUZI BIN SAIDIN
PENGARAH PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
No comments:
Post a Comment