Pusat Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
dan Putra Specialist Hospital telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan
Untuk Warga UTeM Siri 4/2016 pada 2 November 2016 yang lalu bertempat di ruang
legar Perpustakaan UTeM. Secara tidak langsung, AJK Penjimatan Tenaga telah
mengambil peluang ini untuk turut serta mengedarkan risalah kepada staf-staf
UTeM yang datang bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
Objektif kami adalah
ingin memberi kesedaran kepada semua staf bukan sahaja di pusat kesihatan malah
diperingkat keseluruhan warga UTeM agar sama-sama menyokong dalam usaha kami
menjimatkan tenaga serta menyelamatkan bumi untuk generasi akan datang.