Wednesday, 23 August 2017

KEMPEN TUTUP & CABUT PLUG SEBELUM PULANG



2 Star rating

Pusat Kesihatan UTeM melangkah setapak lagi dalam pelaksanaan penjimatan tenaga 
di kalangan staf PKU dengan melancarkan satu lagi kempen iatu 

Sn Etty 
“TUTUP & CABUT PLUG SEBELUM PULANG”

Kempen ini mula berkuatkuasa pada  Ogos 2017 dengan memberi rating  2 star pada mana-mana bilik yang berjaya mengamalkan penjimatan dengan memastikan plug di tanggalkan sebelum pulang oleh individu yang bertanggung jawab. 

Terima kasih di ucapkan kepada Sn Etty yang telah menyediakan frame dan rating star untuk di tampal di semua ruang dan bilik yang terlibat.




Friday, 14 April 2017

TIPS JIMAT TENAGA ELEKTRIK




Peti Sejuk
Peti sejuk menggunakan banyak tenaga elektrik. Jadi, untuk menggunakannya secara efisien dan optimum, anda pastikan pintu peti sejuk anda tertutup rapat dan tidak dibuka terlalu lama.



Tutup suis selepas guna
Pastikan anda menutup semula suis lampu, kipas dan lain-lain jika tidak menggunakannya.


Gosok baju dalam kuantiti yang banyak             
Seterika anda memerlukan banyak tenaga elektrik
untuk panas. Jika anda buat hari-hari dalam jumlah
yang sedikit, jumlah tenaga yang anda perlukan
berlipat ganda berbanding jika anda seterika
pakaian dengan banyak dalam satu masa sahaja.


Perhatikan label penggunaan tenaga 
Barangan elektrik masa kini yang efisien, dilabel dengan pelekat penggunaan tenaga. Pilihlah barangan elektrik yang mempunyai kecekapan tenaga yang menjimatkan.


Friday, 31 March 2017

PENJIMATAN TENAGA DI RUANG LEGAR PERPUSTAKAAN UTeM



Kem I Want siri 1/2017 berlangsung pada 30 Mac 2017. Ia telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ucapan penghargaan kepada pihak yang membantu menjayakan program ini iaitu JKN Melaka, Pantai Hospital Melaka, Pantai Premier Kl dan Audiolab. Setinggi tahniah kepada staf Pusat Kesihatan kerana sentiasa komited dalam menjayakan program. tahniah kepada tem penjimatan tenaga Pusat Kesihatan UTeM kerana turut mempromosikan penjimatan tenaga kepada warga UTeM. Semoga warga UTeM sentiasa memantau tahap kesihatan, mencegah dan menerima rawatan awal agar sentiasa sihat serta penjimatan tenaga dapat dipraktikkan berterusan di UTeM.





Tuesday, 28 February 2017

KURSUS PENGURUSAN TENAGA UTeM

Pada 7-8 Febuari 2017, telah berlansung Kursus Pengurusan Tenaga di Dewan Konvensyen Kampus Bandar UTeM. Seramai 25 peserta yang terdiri daripada wakil Jawatankuasa Pengurusan Tenaga di setiap PTj menghadiri kursus tersebut. Peserta telah di dedahkan dengan kefahaman tentang kepentingan Pengurusan Tenaga di pejabat masing-masing. Pada akhir sesi kursus juga telah dibuat satu bengkel perbincangan untuk para peserta menyumbangakan idea bagi merancakkan lagi aktiviti penjimatan tenaga dengan penggunaan tenaga yang lebih efisen dan bijak.



                                           Barisan peserta yang menyertai Kursus Pengurusan Tenaga




                                                           Taklimat yang diberikan sepanjang kursus berlangsung


                                                         Sesi aktiviti berkumpulan semasa akhir kursus tersebut