Friday, 14 April 2017

TIPS JIMAT TENAGA ELEKTRIK




Peti Sejuk
Peti sejuk menggunakan banyak tenaga elektrik. Jadi, untuk menggunakannya secara efisien dan optimum, anda pastikan pintu peti sejuk anda tertutup rapat dan tidak dibuka terlalu lama.



Tutup suis selepas guna
Pastikan anda menutup semula suis lampu, kipas dan lain-lain jika tidak menggunakannya.


Gosok baju dalam kuantiti yang banyak             
Seterika anda memerlukan banyak tenaga elektrik
untuk panas. Jika anda buat hari-hari dalam jumlah
yang sedikit, jumlah tenaga yang anda perlukan
berlipat ganda berbanding jika anda seterika
pakaian dengan banyak dalam satu masa sahaja.


Perhatikan label penggunaan tenaga 
Barangan elektrik masa kini yang efisien, dilabel dengan pelekat penggunaan tenaga. Pilihlah barangan elektrik yang mempunyai kecekapan tenaga yang menjimatkan.