Monday, 11 November 2024
Sunday, 10 November 2024
TUTUP SUIS SEBELUM TIDUR
Dengan memadam
peralatan elektrik, anda berkuasa untuk menjimatkan tenaga dan wang selain
dapat merehatkan minda #KetahuiKuasaAnda #KnowYourPower #BetterBrighterGreener
Thursday, 7 November 2024
ELAKKAN DARI MENGGUNAKAN PELBAGAI PERALATAN ELEKTRIK SECARA SERENTAK
Jangan gunakan terlalu banyak peralatan pada satu punca kuasa
sebab bila ianya terbeban, ia berisiko untuk terbakar!
Walaupun menggunakan palam sambungan, ia tak bermaksud soket
anda mampu menampung beban yang lebih besar. Jadi sentiasa sesuaikan penggunaan
elektrik mengikut piawaian rumah ya
#TipKeselamatan #MELP #EnergyLiteracy
Monday, 4 November 2024
SET TIMER APABILA MENONTON TV
Kalau korang
jenis yang selalu tertidur depan TV, bila mata dah mula kuyu tu tutup dulu,
ok? Tak pun, set
terus timer untuk dia tertutup sendiri. Tenaga jimat, TV korang pun boleh
rehat
Thursday, 31 October 2024
SET SUHU OPTIMUM BAGI PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN UNTUK LEBIH JIMAT
Nak sejukkan ruang, tak perlu pun letak penyaman udara pada suhu
yang terlalu rendah. Pasang pada suhu optimum untuk tempoh yang konsisten pun
akan sejuk juga tau. Tenaga pun boleh lebih jimat
#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy
Thursday, 24 October 2024
Wednesday, 16 October 2024
Saturday, 12 October 2024
Thursday, 10 October 2024
TUTUP SUIS KOMPUTER DAN CABUT PLUG SEKIRANYA INGIN TIDUR
Bagi mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan, jangan biarkan suis dan palam komputer anda terpasang semalaman.
Monday, 7 October 2024
PASTIKAN TINGKAP DAN PINTU DITUTUP SEMASA MENGGUNAKAN PENYAMAN UDARA
Jimat tenaga dengan memastikan tingkap dan pintu ditutup ketika penyaman udara berfungsi. Satu lagi idea bernas untuk anda!
Friday, 4 October 2024
TUTUP SUIS KOMPUTER APABILA TIDAK DIGUNAKANUNTUK LEBIH JIMAT
Tutup suis komputer anda untuk lebih penjimatan. Komputer dan komputer riba masih menggunakan elektrik jika berada dalam keadaan tunggu sedia ("standby"). Pastikan suis ditutup untuk lebih penjimatan
Tuesday, 1 October 2024
UJI PERANTI ARUS BAKI(PAB) SEBULAN SEKALI BAGI TUJUAN KESELAMATAN
Mengikut Suruhanjaya Tenaga (ST), Peranti Arus Baki (PAB) adalah sebuah alat perlindungan yang boleh memutuskan bekalan elektrik secara serta-merta sekiranya berlaku kerosakan elektrik seperti kebocoran arus ⚡
Oleh itu, anda disarankan untuk menguji PAB di rumah anda sekurang-kurangnya sebulan sekali agar keselamatan anda dan keluarga sentiasa terjaga. Ikut langkah-langkah dalam gambar di bawah ⬇️
Sekiranya terdapat sebarang kejanggalan pada PAB di papan agihan elektrik anda, segera hubungi kontraktor elektrik yang berdaftar dengan ST untuk kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan.
#TipKeselamatan #MELP #EnergyLiteracy
Friday, 13 September 2024
RUMAH BAHARU PASTI LEBIH DINGIN JIKA PENYAMAN UDARA DIPASANG BEGINI !
Kalau anda baru je berpindah ke rumah baharu, elakkan daripada memasang penyaman udara di atas pintu