Thursday, 30 May 2024

ANALISA TENAGA BERDASARKAN DASHBOARD PUSAT KESIHATAN UTEM PADA BULAN MEI 2024








JUSTIFIKASI

1.       Berlaku kenaikan penggunaan tenaga pada bulan MEI 2024  adalah disebabkan oleh aktiviti diluar kebiasaan

2.       Aktiviti di luar kebiasaan adalah standby hari standby perubatan bagi aktiviti universiti , pemanjangan masa waktu operasi PKU, pembersihan dan pencucian bangunan PKU, pembinaan struktur pejalan kaki dan stor perubatan diPKU

3.       Permasalahan aircond yang kerap tidak berfungsi turut meningkatkan penggunaan tenaga.

 


CADANGAN

1.       Pengurangan aktiviti diluar waktu kebiasaan oleh PTJ luar

2.       Pengurangan ruang yang minimum di PKU semasa bertugas di luar kebiasaan.

3.       Pembelian aircond baru jenis inverter bagi air cond yang kerap kurang berfungsi walaupun telah dibetulkan berkal-  kali






AWARENESS KECEKAPAN TENAGA MELALUI RISALAH KEPADA PELAJAR PADA BULAN MEI 2024






 

Monday, 20 May 2024

Cara Ketahui Jika Kediaman Anda Mempunyai Smart Meter

 Kalau anda tak dapat nak bezakan jenis meter di luar rumah anda, tengok je di aplikasi myTNB!

๐Ÿ“ฑ Kalau ada ikon macam dalam gambar ni di sebelah akaun elektrik TNB, maksudnya kediaman anda sudah pun dipasang dengan Smart Meter.
Bila ada Smart Meter, anda boleh menikmati pelbagai manfaat seperti:
๐Ÿงพ Pengebilan automatik menepati masa
๐Ÿ“Š Pantauan penggunaan tenaga secara harian
⚡ Ciri Energy Budget untuk menetapkan bajet bil elektrik bulanan

Wednesday, 15 May 2024

Sejukkan rumah Anda Dengan Cara Yang Lebih Bijak

Penyejukan ruang akan menjadi lebih optimum apabila anda gunakan penyaman udara dengan tetapan timer dan kipas serentak ❄️
Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengaliran udara sejuk dalam bilik supaya penyaman udara tak perlu dipasang secara berpanjangan ⚡
Lihat tip-tip dalam gambar ni untuk cara penyejukan yang terbaik!

Monday, 6 May 2024

Pilih Mesin Basuh Yang Ada Tetapan Kuantiti Air

 Kalau anda nak beli mesin basuh baharu, pilih yang ada tetapan kuantiti air tau!

๐Ÿ’ง Seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan syarikat mesin basuh, ia boleh memberi banyak kebaikan untuk basuhan dan penggunaan elektrik anda ๐Ÿ˜„
*Untuk kuantiti air yang tepat mengikut kapasiti basuhan, rujuk manual pengguna mesin basuh anda.

Wednesday, 1 May 2024

JOM GUNAKAN PENYAMAN UDARA SECARA EFISIEN

 Tetamu nak datang beraya, rumah mesti kena dingin dan selesa

❄️ Pastikan semua tingkap dan pintu harus ditutup dengan rapat supaya penyaman udara anda lebih sejuk dan efisien.
Lagi satu, tetapkan ke suhu optimum antara 24°C-26°C, barulah cekap tenaga! ⚡๐Ÿ’ช