Wednesday, 19 June 2024

CUCI MESIN BASUH ANDA SECARA BERKALA UNTUK PENGGUNAAN YANG LEBIH CEKAP

 Kalau besen mesin basuh tak pernah dicuci, basuhan akan jadi kurang efisien

🫧 Bila pakaian sering kurang bersih dan berbau, membazir elektrik pula sebab perlu dibasuh berkali-kali 😕⚡
Jadi, cuci besen mesin basuh anda secara berkala mengikut langkah yang disyorkan dalam manual pengguna. Semoga tip ni berguna buat semua! 👍

Thursday, 13 June 2024

Rumah Baharu Pasti lebih Dingin Jika Penyaman Udara Dipasang Begini

 Kalau anda baru je berpindah ke rumah baharu, elakkan daripada memasang penyaman udara di atas pintu 🚪 Selain itu, anda boleh rujuk tip-tip dalam gambar ni
❄️ Penyejukan akan jadi lebih efisien, penggunaan tenaga pun dapat dikurangkan!⚡#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy




Tuesday, 11 June 2024

Pastikan Penyaman Uara anda Berada Dalam Prestasi Terbaik

 Kalau nak penyaman udara anda sentiasa efisien, jangan lupa untuk servis secara berkala

❄️ Bukan setakat cuci penapis je, komponen lain pun perlu dibersihkan juga tau! 🧹
Untuk hasil terbaik, lantik kontraktor bertauliah untuk memeriksa penyaman udara anda setiap 6 bulan. Bila penyaman udara bersih, penggunaan tenaga pun dapat dijimatkan! ⚡

Monday, 3 June 2024

Pastikan Kapasiti Penyaman Udara Anda Sepadan Dengan Saiz Bilik

 Bila nak beli penyaman udara baharu, pastikan Horse Power (HP) bersesuaian dengan saiz bilik tau

🐎⚡ Jika HP terlalu rendah, penyaman udara akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk menyejukkan ruang bilik.
Jadi, sebelum beli, ukur keluasan bilik dulu, ok? 📏 Kalau nak penyaman udara yang lebih efisien, cari yang ada label cekap tenaga 4-5 Bintang sekali! ⭐