Tuesday, 30 July 2024

ANALISA TENAGA BAGI DASHBOARD JUN 2024








JUSTIFIKASI

1.    1.Penggunaan tenaga pada bulan Jun 2024  ada sedikit penurunan bergantung kepada aktiviti diluar kebiasaan pada bulan tersebut

2   2.Aktiviti di luar kebiasaan sentiasa ada seperti standby hari standby perubatan bagi aktiviti universiti , pemanjangan masa waktu operasi PKU, pembersihan dan pencucian bangunan PKU.

3      3.Pembinaan struktur pejalan kaki dan stor perubatan di PKU yang masih berterusan sejak pembinaan dimulai pada April 2024. Tapi pembinaan perlahan berbanding bulan sebelumnya 

 

CADANGAN

1.       1.Pengurangan aktiviti diluar waktu kebiasaan oleh PTJ luar

2.       2.Pengurangan ruang yang minimum di PKU semasa bertugas di luar kebiasaan.

3.       3.Pembinaan projek Pembinaan Struktur Pejalan Kaki Dan Stor Perubatan Di Pku sepatutnya mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan bukan berlarutan sehingga kini.

4.       4.Kerap membuat aduan bagi penyaman udara yang kurang berfungsi



 

Tuesday, 16 July 2024

OPTIMUMKAN PENGGUNAAN PENYAMAN UDARA

Optimumkan penggunaan penyaman udara anda terutamanya ketika cuaca panas bagi membantu mengamalkan penjimatan tenaga yang lebih cekap.




Sunday, 7 July 2024

PILIH KAPASITI MESIN BASUH YANG SESUAI MENGIKUT BILANGAN ISI RUMAH

 Lagi ramai orang di rumah, lagi banyak lah baju yang kena basuh

👚 Kalau mesin basuh terlalu kecil, ada kemungkinan anda perlu membasuh baju dengan lebih kerap dan menggunakan lebih banyak tenaga. Anda pun akan lebih letih 😮‍💨
Jadi, sebelum beli, kenal pasti dulu saiz mesin basuh mana yang paling sesuai untuk keluarga anda*, ok? 👌
*Rekomendasi kapasiti mesin basuh dengan bilangan isi rumah mungkin berbeza-beza bagi setiap jenama.

Friday, 5 July 2024

BERSIHKAN HABUK YANG TERPERANGKAP DALAM PENAPIS DRYER ANDA

 Bila banyak habuk terperangkap dalam penapis dryer, baju akan susah kering dan senang untuk jadi hapak

👚 Jadi, pastikan anda bersihkan selalu, ok? Bukan setakat baik untuk baju dan mesin, tenaga pun boleh dijimatkan ⚡
Kalau anda boleh sidai baju di bawah cahaya matahari, lagi baik! ☀️ Sebab ia dapat mengurangkan penggunaan elektrik dan membuat pakaian anda berbau lebih segar.

Monday, 1 July 2024

PILIH KEDUDUKAN DAN LOKASI YANG PALING OPTIMUM UNTUK PETI SEJUK ANDA

 Kedudukan peti sejuk mampu mempengaruhi penggunaan tenaga di rumah. Kepada yang baru sahaja berpindah, ambil peluang ini untuk berikan ruang paling sesuai kepada peti sejuk anda kerana faktor-faktor seperti sumber haba dan pengudaraan boleh kurangkan keberkesanannya!

🧊
Jadi berikan peti sejuk anda ruang bernafas dan jauhinya dari peralatan elektrik seperti ketuhar, dapur gas dan perkakasan lain yang menjana haba. 🔥🙅