Friday, 13 September 2024

RUMAH BAHARU PASTI LEBIH DINGIN JIKA PENYAMAN UDARA DIPASANG BEGINI !

 Kalau anda baru je berpindah ke rumah baharu, elakkan daripada memasang penyaman udara di atas pintu

🚪 Selain itu, anda boleh rujuk tip-tip dalam gambar ni ❄️ Penyejukan akan jadi lebih efisien, penggunaan tenaga pun dapat dikurangkan!⚡
Sumber : Tenaga Nasional Malaysia



Wednesday, 11 September 2024

PASTIKAN PENYAMAN UDARA ANDA BERADA DALAM PRESTASI TERBAIK!

Kalau nak penyaman udara anda sentiasa efisien, jangan lupa untuk servis secara berkala ❄️ Bukan setakat cuci penapis je, komponen lain pun perlu dibersihkan juga tau! 🧹
Untuk hasil terbaik, lantik kontraktor bertauliah untuk memeriksa penyaman udara anda setiap 6 bulan. Bila penyaman udara bersih, penggunaan tenaga pun dapat dijimatkan! ⚡
Sumber : Tenaga Nasional Malaysia



Monday, 9 September 2024

WALAUPUN DAH 5 BINTANG PASTIKAN PILIH YANG LEBIH EFISIEN !

Mungkin kategori bintang kedua-dua peralatan itu sama, tapi tak bermakna mereka serupa. Kalau anda lihat dekat-dekat di label Cekap Tenaga tu, anda boleh bandingkan penggunaan elektrik mereka dan pilih yang lagi efisien.
Jadi, selepas ini kalau anda nak beli peralatan baharu, pastikan anda membuat pilihan yang terbaik supaya lebih tenaga dapat dijimatkan di rumah!
Sumber : Tenaga Nasional


 

Friday, 6 September 2024

PRAKTIKKAN PENGGUNAAN EXTENSION DENGAN BIJAK AGAR PERALATAN ELEKTRIK ANDA SELAMAT

Tahukah anda bahawa sambaran petir boleh merosakkan peralatan elektrik anda sekiranya ia tidak dilindungi? ⚡ Oleh itu, kami ingin mengingatkan anda untuk sentiasa berhati-hati.
Rujuk tip-tip dalam gambar berikut agar peralatan elektrik anda selamat daripada ‘power surge’ semasa ribut petir ⛈️
Sumber : Tenaga Nasional


Wednesday, 4 September 2024

ANALISA TENAGA BAGI DASHBOARD JULAI 2024








JUSTIFIKASI

1.       Penggunaan tenaga pada bulan Julai 2024  ada sedikit kenaikan bergantung kepada aktiviti di luar kebiasaan pada bulan tersebut

2.       Aktiviti di luar kebiasaan sentiasa ada seperti standby hari standby perubatan bagi aktiviti universiti , pemanjangan masa waktu operasi PKU, pembersihan dan pencucian bangunan PKU.

3.       Pembinaan struktur pejalan kaki dan stor perubatan di PKU yang masih berterusan sejak pembinaan dimulai pada April 2024. Maklumat terperinci penggunaan seperti di bawah:-




CADANGAN

1.       Pengurangan aktiviti diluar waktu kebiasaan oleh PTJ luar

2.       Pengurangan ruang yang minimum di PKU semasa bertugas di luar kebiasaan.

3.       Pembinaan projek Pembinaan Struktur Pejalan Kaki Dan Stor Perubatan di Pku sepatutnya mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan bukan berlarutan sehingga kini.

4.       Kerap membuat aduan bagi penyaman udara yang kurang berfungsi