Sunday, 22 December 2024

MEMANFAAT SEPENUHNYA PENGGUNAAN KETUHAR SUPAYA LEBIH JIMAT

 

Tahukah anda kebanyakan ketuhar mampu membakar makanan secara serentak? 👨🏽🍳  Jom gunakan peralatan elektrik dengan lebih bijak 🎄✨

Sebelum mencuba tip ini, pastikan dulu jenis ketuhar dan resipi. Sesetengah masakan mungkin memerlukan masa yang lebih lama walaupun suhu bakar mereka serupa! 🌡

#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy #Ketuhar




 

Tuesday, 10 December 2024

PERIKSA MAKANAN BAGI MEMASTIKAN IA SELAMAT SEBELUM DIMAKAN

 Semasa musim banjir, penjagaan kebersihan makanan amatlah penting 🍛Air banjir yang tercemar boleh menyebabkan masalah kesihatan secara tidak langsung melalui makanan yang tidak bersih 🤒

Oleh itu, sebelum makan atau minum, amalkan langkah-langkah kebersihan berikut untuk melindungi kesihatan anda dan keluarga 👇

#Staysafe #TipBencanaTNB #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama



Sunday, 8 December 2024

LANGKAH KESELAMATAN DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)

 

Kami ingin menasihatkan semua untuk selalu berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan anda ☂️

Bagi yang kini berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), amalkan langkah-langkah di bawah dan patuhi juga arahan petugas di sana ok 👌

#Staysafe #TipBencanaTNB #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama




 

Thursday, 5 December 2024

ELAK DARI BERIADAH DI LOKASI BERISIKO TINGGI SEMASA MUSIM TENGKUJUH

 

Di musim tengkujuh ni, elakkan daripada beriadah di lokasi-lokasi yang berisiko tinggi ⛈️🚵🏽

Sebelum keluar, tinjau dulu keadaan cuaca melalui METmalaysia (www.met.gov.my) agar diri kita dan yang tersayang sentiasa selamat!

#Staysafe #TipBencanaTNB #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama




Tuesday, 3 December 2024

ELAKKAN BERMAIN DALAM AIR KETIKA BANJIR

 

Kepada ibu bapa di luar sana, di musim banjir ini pastikan anak-anak anda tidak berkeliaran dan bermain dalam air banjir. 🤒

Air banjir itu boleh mendatangkan penyakit seperti jangkitan pernafasan, demam kepialu dan macam-macam lagi! Kanak-kanak mempunyai tahap sistem imun yang tidak sekuat orang dewasa. 🦠🚫

#Staysafe #TipBencanaTNB #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama




Sunday, 1 December 2024

TUTUP SUIS UTAMA SEMASA BANJIR

 

Untuk keselamatan anda ketika banjir, kami sarankan menutup suis utama di papan agihan rumah supaya diri anda dan yang tersayang kekal selamat dari risiko renjatan elektrik ataupun kebakaran ⚡🙅‍♂️

Bukan itu saja, anda juga dapat melindungi peralatan elektrik dari kerosakan akibat litar pintas yang terjadi apabila pendawaian rumah terdedah kepada air banjir 🔌

#Staysafe #TipBencanaTNB #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama