Friday, 31 January 2025

ANALISA TENAGA BAGI DASHBOARD SEPTEMBER – NOVEMBER 2024

 

ANALISA KOS ASAS PUSAT KESIHATAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2024


ANALISA PENGGUNAAN PUSAT KESIHATAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2024


ANALISA PERBANDINGAN PUSAT KESIHATAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2024






ANALISA KOS ASAS PUSAT KESIHATAN BAGI BULAN OKTOBER 2024


ANALISA PENGGUNAAN PUSAT KESIHATAN BAGI BULAN OKTOBER 2024



ANALISA PERBANDINGAN PUSAT KESIHATAN BAGI BULAN OKTOBER 2024




ANALISA PENGGUNAAN PUSAT KESIHATAN BAGI BULAN NOVEMBER 2024




ANALISA KOS ASAS PUSAT KESIHATAN BAGI BULAN NOVEMBER 2024


ANALISA PERBANDINGAN PUSAT KESIHATAN BAGI BULAN NOVEMBER 2024






 

JUSTIFIKASI

1.       Penggunaan tenaga pada bulan Oktober 2024, ada kenaikan berbanding pada bulan September dan November2024.

2.       Kenaikan penggunaan tenaga pada bulan Oktober adalah disebabkan pertambahan 2 aktiviti berbeza jika dibandingkan bulan September dan November iaitu:-

a)       MINGGU HALUAN SISWA UTEM SESI 2024/2025 pada 7-11.10.24

b)      PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR BAHARU IJAZAH SARJANA MUDA SESI 2024/2025 pada 12.10-.24 hingga 7.11.24


CADANGAN

1.       Pengurangan aktiviti di luar waktu kebiasaan oleh PTJ luar

2.       Pengurangan ruang yang minimum di PKU semasa bertugas di luar kebiasaan.

3.       Pembinaan projek Pembinaan Struktur Pejalan Kaki Dan Stor Perubatan di Pku sepatutnya mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan bukan berlarutan sehingga kini.




Wednesday, 29 January 2025

TIP KESELAMATAN DI RUMAH

 

Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini di rumah, sentiasa pastikan wayar peralatan elektrik tidak berselerak di atas lantai dan periksa jika ada wayar terkoyak supaya tidak membahayakan anda dan keluarga.​ #StaySafe

 


Sunday, 26 January 2025

JANGAN LUPA SERVIS PENYAMAN UDARA ANDA DI RUMAH

 

Penyaman udara ni macam manusia juga. Bila dalamannya elok, prestasi dia pun akan elok 👍 Jadi, kalau korang nak penyaman udara korang berfungsi dengan cekap, jangan lupa servis dan cuci dengan kerap, ok? 👌

 

Jom jaga penyaman udara supaya ia tahan lebih lama.

#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy


Thursday, 23 January 2025

BAGAIMANA CARANYA MEMERIKSA GETAH PINTU PETI SEJUK?

 

Pernah tak perasan peti sejuk korang tak sesejuk dulu? ❄️ Cuba check getah pada pintu peti sejuk tu. Kalau dah longgar atau terkeluar, kenalah ganti supaya tenaga tak terbazir. Ikut langkah di bawah untuk tahu cara check 👇

➡️ Letak sekeping kertas antara pintu peti sejuk dan tutup semula.
➡️ Tarik keluar kertas perlahan-lahan.
➡️ Sekiranya kertas mudah ditarik keluar, getah pintu peti sejuk perlu diganti.

#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy


Tuesday, 21 January 2025

PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN YANG DICADANGKAN SUPAYA LEBIH JIMAT TENAGA

 


Bila cuaca panas sangat, kita mungkin terlepas pandang tentang penggunaan tenaga penyaman udara kan? Ni kami tunjukkan cara korang boleh gunakan penyaman udara dengan lebih cekap.

Jom sama-sama amalkan dua tip di bawah 😁

#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy


Monday, 13 January 2025

LANGKAH KESELAMATAN DI JALAN RAYA SEMASA CUACA TIDAK MENENTU

 

Dengan cuaca yang semakin tidak menentu, kami ingin menasihatkan semua pengguna agar sentiasa berhati-hati di jalan raya. Selain itu, kami menggalakkan anda untuk lebih peka terhadap perubahan cuaca dengan membaca ramalan cuaca dan amaran ribut terkini.

Rujuk laman METMalaysia bagi mendapatkan status cuaca di seluruh negara (
https://www.met.gov.my/data/ICN20032.html) serta keadaan cuaca terkini mengikut negeri, daerah dan bandar tertentu (https://bit.ly/3Uik4jn).

#Staysafe #TipBencanaTNB #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama 


Sunday, 5 January 2025

GUNAKAN PERIUK NASI ELEKTRIK DENGAN CEKAP

 

Jom ubah cara simpan nasi! 🍚

Daripada menggunakan mod 'Keep Warm' di periuk nasi, anda boleh terus tutup suis periuk nasi dan simpan nasi yang tidak dimakan ke dalam peti sejuk. Bila nak makan, panaskan dalam ketuhar gelombang mikro selama 30 saat bersama sedikit air dan ulang sampai nasi panas berwap seperti baru dimasak! ♨️

Mengikut kajian dari King’s College London, nasi yang disimpan di dalam peti sejuk semalaman lebih sihat berbanding yang tidak disejukkan. Ini kerana tahap kanji nasi akan menurun, jadi ianya lebih berkhasiat! Penggunaan tenaga pun jimat.⚡

#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy #RiceCooker 


Wednesday, 1 January 2025

LANGKAH KESELAMATAN MENGHIDUPKAN SUIS UTAMA PADA PAPAN AGIHAN RUMAH

 


Selepas banjir, pasti anda mahu menghidupkan elektrik di rumah 🔌🧹 Tapi, tunggu dulu. Pastikan sistem pendawaian rumah dan peralatan elektrik diperiksa oleh kontraktor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga!

Kekal berwaspada dan amalkan tip keselamatan ini untuk melindungi diri anda dan yang tersayang.

#Staysafe #TipBencanaTNB #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama