Thursday, 27 February 2025
Monday, 24 February 2025
Friday, 21 February 2025
AMALKAN CUCI MESIN BASUH SECARA BERKALA
Kalau besen mesin
basuh tak pernah dicuci, basuhan akan jadi kurang efisien Bila pakaian
sering kurang bersih dan berbau, membazir elektrik pula sebab perlu dibasuh
berkali-kali
Jadi, cuci besen
mesin basuh anda secara berkala mengikut langkah yang disyorkan dalam manual
pengguna. Semoga tip ni berguna buat semua!
#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy
Wednesday, 19 February 2025
Sunday, 16 February 2025
CARA BANTU KURANGKAN SUHU PERSEKITARAN RUMAH
Jom kita amalkan tip berguna ini 💡
Hanya dengan menjirus air di lantai perkarangan rumah, anda dapat menyejukkan persekitaran rumah secara semula jadi! 💦
Kaedah penyejatan air ini menyerap haba dari persekitaran, mengurangkan suhu dan memberikan rasa nyaman di persekitaran rumah 👍🏻
Sumber: Public Health Malaysia
#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy
Friday, 14 February 2025
Monday, 10 February 2025
TUTUP SUIS PENYAMAN UDARA SELEPAS DIGUNAKAN
Tahukah anda
tabiat menutup penyaman udara menggunakan alat kawalan jauh sahaja adalah
kurang efisien kerana arus elektrik masih mengalir?
Mari kita amalkan
menutup kedua-dua suis penyaman udara untuk menjadi lebih cekap tenaga ketika
cuaca panas
#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy #PenyamanUdara
Sunday, 2 February 2025
TIPS PEMILIHAN KIPAS
Tiga, empat
ataupun lima - kesemua jenis bilah kipas ini menghasilkan jumlah angin yang
sama. Tetapi hasil tiupan angin berbeza!
Jadi, sekiranya
bilik anda kecil dan panas (terutamanya ketika musim panas), kipas siling
berbilah tiga adalah lebih sesuai kerana hembusan anginnya tertumpu dan kuat
#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy #KipasSiling