Langkah Penjimatan Elektrik Di Rumah
Jom kita amalkan langkah
langkah di bawah untuk lebih jimatkan bil elektrik kita:-
- Menutup komputer selepas digunakan
- Berhenti mengecas komputer riba apabila kuasanya sudah
penuh
- Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup semasa
menggunakan pendingin hawa.
- Tetapkan penentu tempoh masa pada pendingin hawa bagi
mengurus dan menjimatkan tenaga
- Mencuci penapis pendingin hawa bagi mengoptimumkan proses penyejukan
- Gunakan cahaya semula jadi sebaik mungkin bagi
mengurangkan kos pencahayaan
- Ketika cuaca panas terik, tindakan menutup tingkap
dengan langsir tebal boleh menghalang haba masuk dan mengurangkan kurang
beban pada penyaman udara (aircond) untuk menyejukkan bilik. Maka semakin
rendah penggunaan elektrik.
- Memantau penggunaan elektrik
harian melalui aplikasi MyTNB. Meter Pintar berupaya memantau penggunaan
elektrik secara langsung, oleh itu, pengguna boleh mengendalikan tenaga
dengan lebih efisien kerana meter ini boleh menghantar maklumat penggunaan
tenaga kepada pengguna.
No comments:
Post a Comment