PANDUAN MEMBELI MESIN BASUH
- Pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan keperluan keluarga.
- Mesin basuh automatik jenis muatan atas menggunakan tenaga yang kurang daripada mesin automatik jenis muatan depan.
TIPS PENJIMATAN TENAGA
- Kos membasuh 1 muatan penuh basuhan atau separuh muatan adalah sama iaitu pada RM0.18
- Bagi basuhan harian muatan penuh atau muatan separuh, kos seminggu adalah tetap sama iaitu pada RM0.18 x 7 = RM1.26
- Manakala basuhan muatan penuh 3 kali seminggu hanya melibatkan kos mingguan sebanyak RM = RM0.54
- Ini bermakna basuhan 3 kali seminggu dengan muatan penuh basuhan akan menjimatkan RM37.44 setahun.
- Oleh itu elakkan basuhan melibatkan separuh muatan.
PANDUAN PENGGUNAAN
- Basuh hanya apabila muatan mesin telah penuh. Mesin basuh yang penuh muatannya akan menggunakan elektrik yang sama dengan yang muatan separuh.
- Elakkan daripada menggunakan mesin basuh yang terlebih beban.
- Pilih kitaran cucian yang bersesuaian.
- Elakkan daripada menggunakan program pra basuh.
- Gunakan seting suhu optimum. Jika boleh elakkan daripada menggunakan kitaran basuhan panas.
No comments:
Post a Comment