Aktiviti kemas kini sudut tenaga PKU telah dijalankan bermula 14 hb Julai 2023. Info kecekapan tenaga dikemaskini dengan info yang baru dan disusun cara yang lebih menarik. Diharap sudut tenaga yang telah diberi nafas baru ini akan lebih menarik perhatian pelanggan yang hadir di PKU. semoga ilmu yang bermanfaat dan kesedaran kepentingan kecekapan tenaga dapat diterapkan kepada semua warga UTeM.
Wednesday, 26 July 2023
Monday, 24 July 2023
AKTIVITI KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA DAN AIR DENGAN PENAMPALAN PELEKAT JIMAT TENAGA DAN AIR
Inisiatif Jawatan kuasa Tenaga Pusat Kesihatan UTeM (PKU), mereka pelekat baru Jimat Tenaga dan Jimat Air yang lebih eksklusif . Pelekat yang siap direka dilekatkan di semua kawasan yang bersuis , komputer dekstop dan sinki di dalam bangunan PKU.
Friday, 21 July 2023
AWARENESS KECEKAPAN TENAGA MELALUI EDARAN RISALAH KEPADA PELAJAR UTEM PADA JULAI 2023
Aktiviti Kesedaran Kecekapan Tenaga melalui edaran risalah Jimat Tenaga Pusat Kesihatan UTeM telah diedarkan kepada pelajar yang datang ke Pusat Kesihatan pada bulan Julai 2023. Semoga edaran risalah ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kecekapan tenaga.
Thursday, 20 July 2023
AKTIVITI PENJUALAN BAHAN KITAR SEMULA DI PUSAT KESIHATAN
Pada
20hb Julai 2023 , staf Pusat Kesihatan telah menjalankan aktiviti gotong royong
serta mengasingkan barang barang yang boleh dikitar semula. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan
penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan
pencemaran udara, dan pencemaran air dan mengurangkan pengeluaran gas rumah
hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Bahan boleh dikitar
semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan
komponen elektronik. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17
pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan
bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia
merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.
Monday, 17 July 2023
LAWATAN TAPAK BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI BAGI PERMOHONAN PENUKARAN LAMPU LED DAN PEMASANGAN 'SPORT LIGHT' DI PUSAT KESIHATAN
Inisiatif Jawantan kuasa Tenaga memohon penukaran lampu LED dan pemasangan 'Sport Light Solar" di Pusat Kesihatan. Cadangan ini bertujuan memantapkan kecekapan tenaga di peringkat Pusat Kesihatan . Harap ada perkembangan yang positif selepas sesi lawatan tapak ini.
Sunday, 16 July 2023
AKTIVITI MELENGKAPKAN ROOM DATA SURVEY PUSAT KESIHATAN PADA 12-17/7/2023
PROGRAM ‘AWARENESS’ KECEKAPAN TENAGA SEMASA AKTIVITI GOTONG ROYONG DAN CEGAH AEDES (KERJASAMA PKU DAN KELAB RAKAN KESIHATAN (KRK))
PROGRAM
‘AWARENESS’ KECEKAPAN TENAGA SEMASA AKTIVITI GOTONG ROYONG DAN CEGAH AEDES
(KERJASAMA PKU DAN KELAB RAKAN KESIHATAN (KRK))
TARIKH : 15 JULAI 2023
TEMPAT : KAMPUNG PULAU DURIAN TUNGGAL
Kelab
Rakan Kesihatan (KRK) dengan kerjasama dari Pusat Kesihatan UTeM telah
mengadakan aktiviti gotong royong di Kampung Pulau Durian Tunggal. Aktiviti
kemasyarakatan ini disambut baik oleh penduduk Kampung Pulau Durian Tunggal. Tujuan utama program ini adalah untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk
aedes yang boleh mengakibatkan demam denggi di samping mendidik masyarakat
setempat untuk menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal masing-masing.
Bahkan , kami mengambil peluang mengedarkan risalah Jimat Tenaga Pusat
Kesihatan kepada penduduk semasa program berlangsung. Amalan ini amat baik
diteruskan bersama pelajar agar pelajar merasa bertanggungjawab untuk
melaksanakan aktiviti kesedaran kecekapan tenaga . Semoga penduduk di Kampung
Pulau Durian Tunggal mendapat 2 manfaat iaitu kepentingan memerangi aedes dan
kecekapan tenaga.
Thursday, 13 July 2023
BENGKEL TOT BAGI PENCERAMAH KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA DAN GGP 2023
BENGKEL TOT BAGI PENCERAMAH KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA DAN GGP 2023
TARIKH : 14 JULAI 2023
MASA :
9.00 – 12.00 TGH
TEMPAT :
BILIK LATIHAN 1, PPPK. HYBRID BAGI STAF
PKU
Bengkel TOT bagi penceramah Kesedaran Kecekapan Tenaga dan Government Green Procurement (GGP) 2023 telah dijalankan pada 14 hb Julai 2023. Bengkel ini melibatkan seramai 21 orang penyertaan dari 10 Pusat Tanggung jawab (PTJ) mahupun Pusat Berkuasa Universiti (PBU). Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah memberi pendedahan dan perkongsian ilmu , agar kesedaran kecekapan tenaga dapat dilaksanakan dengan lebih efisien diperingkat PTJ dan PBU tanpa menharapkan penceramah dari CENSEi. Menjadi harapan agar bengkel ini dapat melahirkan tenaga penceramah di peringkat PTJ/ PBU. Justeru itu dapat membantu CENSEi memperluaskan aktiviti kedaran berkaitan Kecekapan Tenaga dan Amalan GGP.
Tuesday, 11 July 2023
MESYUARAT JAWATANKUASA TENAGA PERINGKAT PUSAT KESIHATAN BIL 2/2023
MESYUARAT JAWATANKUASA TENAGA PERINGKAT PUSAT KESIHATAN UTEM BIL2/2023 PADA 11/7/23 DI BILIK MESYUARAT PUSAT KESIHATAN UTEM
Monday, 10 July 2023
Tuesday, 4 July 2023
KECEKAPAN TENAGA
APAKAH KECEKAPAN TENAGA?
Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna anda menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah atau di tempat kerja.
Ini juga bermakna anda akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama!
Mengapakah anda perlu menggunakan elektrik dengan cekap?
a) Untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil (gas dan arang batu) yang:
• bekalannya semakin susut
• kos yang semakin tinggi
• menghasilkan gas-gas berbahaya yang boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar,
b) Untuk memelihara alam sekitar yang merupakan satu-satunya warisan kita untuk generasi akan datang; dan
c) Untuk mengurangkan perbelanjaan isirumah.
Penggunaan Elektrik Di Rumah Anda
Ruang dapur merupakan tempat penggunaan utama elektrik di rumah iaitu lebih kurang 45% dari jumlah keseluruhan seperti di Jadual 1.
Pada kadar biasa anggaran bil elektrik bulanan bagi satu keluarga yang menetap di rumah kos rendah ialah RM80, rumah kos sederhana RM170 dan rumah banglo RM450.
• penambahan bilangan peralatan elektrik yang baru;
• bertambahnya tempoh penggunaan peralatan elektrik;
• penggunaan peralatan elektrik tambahan seperti lampu hiasan dan lain-lain semasa musim perayaan;
• penggantian peralatan elektrik lama berkuasa kecil dengan peralatan elektrik baru berkuasa besar selaras dengan keluarga yang membesar; dan
• peralatan elektrik yang kurang cekap contohnya peti sejuk
yang mengalami kerosakan pada termostatnya, kekurangan
gas penyejuk atau kerosakan pada getah perekat pintunya
yang akan menyebabkan peti sejuk terpaksa beroperasi untuk
jangka masa yang lama dan membazirkan elektrik.