APAKAH KECEKAPAN TENAGA?
Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna anda menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah atau di tempat kerja.
Ini juga bermakna anda akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama!
Mengapakah anda perlu menggunakan elektrik dengan cekap?
a) Untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil (gas dan arang batu) yang:
• bekalannya semakin susut
• kos yang semakin tinggi
• menghasilkan gas-gas berbahaya yang boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar,
b) Untuk memelihara alam sekitar yang merupakan satu-satunya warisan kita untuk generasi akan datang; dan
c) Untuk mengurangkan perbelanjaan isirumah.
Penggunaan Elektrik Di Rumah Anda
Ruang dapur merupakan tempat penggunaan utama elektrik di rumah iaitu lebih kurang 45% dari jumlah keseluruhan seperti di Jadual 1.
Pada kadar biasa anggaran bil elektrik bulanan bagi satu keluarga yang menetap di rumah kos rendah ialah RM80, rumah kos sederhana RM170 dan rumah banglo RM450.
• penambahan bilangan peralatan elektrik yang baru;
• bertambahnya tempoh penggunaan peralatan elektrik;
• penggunaan peralatan elektrik tambahan seperti lampu hiasan dan lain-lain semasa musim perayaan;
• penggantian peralatan elektrik lama berkuasa kecil dengan peralatan elektrik baru berkuasa besar selaras dengan keluarga yang membesar; dan
• peralatan elektrik yang kurang cekap contohnya peti sejuk
yang mengalami kerosakan pada termostatnya, kekurangan
gas penyejuk atau kerosakan pada getah perekat pintunya
yang akan menyebabkan peti sejuk terpaksa beroperasi untuk
jangka masa yang lama dan membazirkan elektrik.
No comments:
Post a Comment