Negara kita kini sedang menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu dengan beberapa kawasan di seluruh Malaysia mengalami peningkatan suhu
Oleh itu, kami ingin menasihati orang ramai untuk sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan menjaga kesihatan diri.
Rujuk laman METMalaysia untuk mendapatkan status cuaca panas di seluruh negara (https://bit.ly/4az972V) dan keadaan cuaca terkini mengikut negeri, daerah dan bandar tertentu (https://bit.ly/3Uik4jn).
Selain itu, kami juga ingin mengingatkan orang ramai untuk memantau penggunaan tenaga di rumah. Secara umumnya, peralatan elektrik yang menggunakan sistem penyejuk seperti penyaman udara menggunakan lebih banyak tenaga ketika cuaca panas kerana kompresor akan bekerja lebih kuat bagi mengekalkan paras suhu yang ditetapkan berbanding hari-hari biasa.
No comments:
Post a Comment