Peranti seperti komputer, televisyen dan pengecas telefon masih menggunakan elektrik walaupun berada dalam mod standby. Tabiat membiarkan suis sentiasa ‘ON’ tanpa kegunaan menyebabkan tenaga terbuang begitu sahaja.
Tip mudah untuk jimat tenaga:
-
Tutup suis peranti apabila tidak digunakan.
-
Cabut plag pengecas telefon atau laptop selepas bateri penuh.
-
Gunakan extension plug dengan suis supaya lebih mudah ditutup sekaligus.
-
Biasakan switch off sebelum tidur atau keluar rumah.
Langkah kecil ini mampu memberi impak besar kepada penjimatan tenaga dan bil elektrik bulanan.
No comments:
Post a Comment