Wednesday 20 March 2024

Cekap Tenaga Edisi Ramadan

 Jika anda nak elak menggunakan penyaman udara untuk sejukkan ruang bilik, cuba ikut tip di bawah

⬇️ Kalau guna langsir legap lagi bagus sebab haba kurang masuk ke dalam rumah 🌞
Jom sama-sama kita semua menjadi lebih cekap tenaga pada bulan Ramadan ni!

Sumber dari TNB Careline



Tuesday 19 March 2024

PROGRAM DERMA DARAH RAMADAN 2024

 

Satu program derma darah sempena Ramadan 1445H dengan kerjasama  Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka, Kelab Rakan Kesihatan (KRK), Pusat Kesihatan UTeM dan Pusat Islam UTeM  iaitu PROGRAM DERMA DARAH RAMADAN 2024 pada ketetapan yang berikut :-

 Tarikh : 26 MAC 2024

Masa : 05.30 Petang – 10.00 Malam

Tempat : Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM

Edaran risalah Jimat tenaga Pusat Kesihatan UTeM diedarkan oleh KRK kepada pengunjung yang datang sempena program tersebut. Edaran ini bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kecekapan tenaga kepa warga UTeM dan pihak jabatan transfuse Hospital Melaka.








Tuesday 12 March 2024

Jom Jimat Masa dan Tenaga di Bulan Ramadan

 


Betul juga, kan? 🤔 Masak sekaligus juadah berbuka dan sahur ni jimat masa ⏰ Elektrik pun boleh jimat sebab tak perlu guna perkakas elektrik untuk masak dua kali! ⚡

Boleh amalkan tip ni tau bila memasak semasa bulan Ramadan ni 🌙.
Sumber TNB Careline



Thursday 7 March 2024

Penuhkan Muatan Mesin Basuh Dahulu


Pastikan muatan mesin basuh penuh dulu baru cuci pakaian 👍 Jimat masa, jimat tenaga!



 

Wednesday 6 March 2024

LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN TENAGA DI HOSPITAL JASIN PADA 6 HB MAC 2024

Jawatan kuasa Pusat Kesihatan UTeM telah mengadakan lawatan penanda aras berkaitan pengurusan tenaga  pada 6 hb Mac 2024 di Hospital Jasin. Lawatan ini bertujuan untuk menimba ilmu kejayaan Hospital Jasin mendapat penarafan tertinggi (Platinum) dalam pensijilan Leadership In Energy And Environment Design ( LEED) yang dikeluarkan oleh U.S Green Building Council (USGBC) . Pensijilan Bangunan Hijau bertaraf  Platinum ini adalah dalam kategori Existing Building Operation And Maintenance Version 4 iaitu yang pertama di dunia bagi bangunan hospital dan juga yang pertama di Malaysia bagi bangunan kerajaan. Semoga lawatan ini dapat membantu memantapkan pugurusan tenaga Pusat Kesihatan UTeM.