ANALISA TENAGA BAGI BULAN JANUARI DAN FEBRUARI 2024
Thursday 28 March 2024
Wednesday 20 March 2024
Cekap Tenaga Edisi Ramadan
Jika anda nak elak menggunakan penyaman udara untuk sejukkan ruang bilik, cuba ikut tip di bawah
Tuesday 19 March 2024
PROGRAM DERMA DARAH RAMADAN 2024
Satu program derma darah sempena Ramadan 1445H dengan kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka,
Kelab Rakan Kesihatan (KRK), Pusat Kesihatan UTeM dan Pusat Islam UTeM iaitu PROGRAM DERMA DARAH RAMADAN 2024 pada
ketetapan yang berikut :-
Tarikh : 26 MAC 2024
Masa : 05.30 Petang – 10.00 Malam
Tempat : Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM
Edaran risalah Jimat tenaga Pusat Kesihatan UTeM diedarkan oleh KRK kepada pengunjung yang datang sempena program tersebut. Edaran ini bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kecekapan tenaga kepa warga UTeM dan pihak jabatan transfuse Hospital Melaka.
Tuesday 12 March 2024
Jom Jimat Masa dan Tenaga di Bulan Ramadan
Friday 8 March 2024
Thursday 7 March 2024
Penuhkan Muatan Mesin Basuh Dahulu
Wednesday 6 March 2024
LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN TENAGA DI HOSPITAL JASIN PADA 6 HB MAC 2024
Jawatan kuasa Pusat Kesihatan UTeM telah mengadakan lawatan penanda aras berkaitan pengurusan tenaga pada 6 hb Mac 2024 di Hospital Jasin. Lawatan ini bertujuan untuk menimba ilmu kejayaan Hospital Jasin mendapat penarafan tertinggi (Platinum) dalam pensijilan Leadership In Energy And Environment Design ( LEED) yang dikeluarkan oleh U.S Green Building Council (USGBC) . Pensijilan Bangunan Hijau bertaraf Platinum ini adalah dalam kategori Existing Building Operation And Maintenance Version 4 iaitu yang pertama di dunia bagi bangunan hospital dan juga yang pertama di Malaysia bagi bangunan kerajaan. Semoga lawatan ini dapat membantu memantapkan pugurusan tenaga Pusat Kesihatan UTeM.
Wednesday 28 February 2024
RUMUSAN PELEPASAN TAHUNAN CO2, NILAI DAN PELABELAN BEI BERDASARKAN DATA DASHBOARD PKU BAGI TAHUN 2020 -2023
RUMUSAN
PELEPASAN TAHUNAN CO2 , NILAI DAN PELABELAN BEI BERDASARKAN DATA DASHBOARD
PUSATKESIHAAN UTEM BAGI TAHUN 2020-2023
TAHUN |
2020 |
2021 |
2022 |
2023 |
Perlepasan
tahunan C02(Tan) |
29.28 |
33.89 |
46.75 |
54.09 |
Jumlah
Tenaga (kWj) |
45744.60 |
52958.16 |
65706.51 |
83092.35 |
Kos RM |
19174.97 |
25188.42 |
36384.35 |
41664.82 |
Nilai
BEI (kWj / m² / tahun ) |
99.01 |
114.63 |
158.11 |
182.92 |
Bintang |
5
Bintang |
4
Bintang |
3
Bintang |
2
Bintang |
ULASAN
KESELURUHAN GRAF
1.
Didapati kenaikan setiap tahun bermula
dari tahun 2020 hingga 2023 dari segi kos ( RM ), pelepasan CO2 , penggunaan
tenaga (kWj) dan nilai BEI . Ini disebabkan isu kawalan pergerakan KKM bagi
mengawal wabak Covid 19 yang bermula pada
tahun 2020. Kawalan pergerakan dilonggarkan apabila kes Covid terkawal sehingga
aktiviti berjalan seperti biasa sepenuhnya secara berperingkat pada tahun 2022.
2.
Hasil keputusan graf juga bergantung
kepada kekerapan penggunaan PKU di luar waktu operasi bagi aktiviti standby perubatan
, pembersihan bangunan dan projek pembinaan / penambahbaikan bangunan yang
turut menyumbang kenaikan graf pada tahun 2022 dan 2023.
3.
Perlu penambahbaikan dari segi kecekapan
tenaga bagi mendapat nilai BEI yang dan yang terbaik adalah 5 bintang.
Kerjasama semua staf PKU dapat membantu pencapaian BEI PKU 5 bintang.