PENGENALAN



Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata aluan di dalam Laman Blog Penjimatan Tenaga Pusat Kesihatan UTeM. Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat  Ilahi kerana dengan izinNya Laman Blog ini berjaya dibangunkan dan dipertingkatkan pengisiannya dari semasa ke semasa. 

Syabas dan tahniah diucapkan atas daya usaha semua pihak yang terlibat dalam membangunkan laman Blog ini sejajar dengan perubahan dan perkembangan terkini serta menjadi lebih interaktif dan berinformasi. 

Saya amat berharap laman Blog ini dapat menjadi wadah utama seterusnya menjadi medium terbaik untuk menyampaikan fakta yang tepat, ilmu serta maklumat berkaitan Penjimatan Tenaga  selain turut memaparkan pelbagai fungsi dan aktiviti Pusat Kesihatan Universiti.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi melayari Laman Blog Penjimatan Tenaga Pusat Kesihatan UTeM. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.

Sekian.

DR MOHAMAD FUZI BIN SAIDIN

PENGARAH PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)




No comments:

Post a Comment