POLISI DAN OBJEKTIF

POLISI TENAGA UTeM







Deklarasi  Komitmen

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah komited:

1.     Untuk  menambahbaik  kecekapan  dan  pemuliharaan  tenaga  secara  berterusan  di  seluruh  kampus  dalam  menjayakan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan operasi perkhidmatan melalui pelaksanaan pengurusan tenaga yang cekap dan berkesan.

2.     Untuk menangani dan bertindak terhadap pelbagai proses dan aktiviti yang akan memberi kesan kepada prestasi penggunaan tenaga  elektrik di semua premis di UTeM.

3.     Untuk memastikan pematuhan terhadap semua akta dan peraturan berkaitan pengurusan tenaga elektrik yang cekap.


Tujuan



Polisi  Tenaga  Universiti  digubal  untuk  mengukuhkan   kefahaman  tentang  keperluan  pemuliharaan   tenaga  dan  untuk  melaksanakan kaedah  pemuliharaan   dan  pengurangan   kos tenaga.



Objektif



1.      Untuk  mengurangkan   jejak  karbon  melalui  pengurusan  tenaga  yang  cekap  (berdasarkan   penggunaan   tenaga).



2.      Untuk  mengurangkan   penggunaan   tenaga  sebanyak  3% seta hun bagi setiap  satu meter  persegi  ruang  bangunan  mulai  tahun

2015.



3.     Untuk   mengurangkan    penggunaan   tenaga   sebanyak   18%  pada  Tahun   Fiskal  2020  bagi  setiap   satu  meter  persegi   ruang bangunan  (dengan  menggunakan   Tahun  Fiskal2014   sebagai  asas).


4.      Untuk  menjadi  juara  dalam  kemapanan  tenaga  dan  galakan  amalan  terbaik  di dalam  dan  luar negara.



Pelan  Tindakan



1.     Untuk  mewujudkan   sistem  pengurusan  tenaga  yang  lestari;



2.      Untuk  membangunkan    budaya  pemuliharaan   tenaga  dalam  kalangan  komuniti  kampus;



3.        Untuk  melaksanakan    program   latihan   dan  kesedaran   ke  arah  mewujudkan   budaya   pemuliharaan   tenaga   dalarn  kalangan komuniti  kampus  UTeM;


4.      Untuk  mewujudkan   Skim  Anugerah   Tenaga  bagi  menggalakkan    kaedah  penyelesaian   kreatif  dan  inovatif  dan  perkongsian amalan  terbaik  pengurusan   tenaga  di UTeM;


5.      Untuk  mewujudkan   prosedur  pengurusan   tenaga  dan struktur  organisasi  serta sistem  maklumat  dan rekod;  dan


6.      Untuk  melaksanakan   langkah-Iangkah   yang  sesuai  untuk  mengurangkan   penggunaan  tenaga  melalui  perubahan  tingkah  laku, menambah   baik amalan  pengurusan   pejabat,  penyenggaraan,   operasi dan pembelian  peralatan  untuk bangunan  baru dan sedia ada.






GARIS PANDUAN
POLISI TENAGA



1.     Untuk Menggunakan  Tenaga Dengan Cara Yang Paling Cekap, Menjimatkan  Dan Mesra Alam.



Ini  akan  memerlukan    kawalan   dan  pengurusan   reka  bentuk  bangunan   dan  sistem  yang  digunakan   semasa   pemasangan. Sebarang   bentuk  pengubahsuaian    dan  penambahan   bangunan   hendaklah   mengambil   kira keperluan   bangunan   dan  sistem untuk  beroperasi  pada tahap  kecekapan  tenaga  yang  optimum.




2.     Untuk  Mengaplikasikan  Teknologi   Terkini   Di  Samping  Amalan  Kecekapan  Tenaga  Dalam  Semua  Aspek  Operasi

Organisasi.



Ini dicapai  melalui  semakan   perkembangan   teknologi  yang  berterusan   serta  amalan  kecekapan   tenaga  dan  menggunapakai amalan-amalan   ini dalam  operasi  universiti  dengan  cara yang  sistematik  dan  berstruktur.




3.     Untuk Mendapatkan  Kaedah bagi Mengurangkan Penggunaan Tenaga Secara Berterusan.



Ini dapat  dicapai  melalui  pemantauan   berterusan  dan menganalisa  penggunaan  tenaga  serta menggalakkan   staf dan pelajar  di semua  peringkat  untuk  mengambil   bahagian  dalam  program-program   pengurusan  kecekapan  tenaga.

Pusat Kelestarian  dan  Alam  Sekitar (PKA)/Centre  for Sustoinability  and  Environment  (CSE)






4.      Untuk   Menguruskan     Kecekapan    Tenaga  Dengan   Mengambilkira     Keperluan    Dan  Piawaian         Bagi  Keutuhan   Operasi.



Pengurusan   kecekapan   tenaga   perlu  memberi   pertimbangan   terhadap   keperluan   kakitangan   dan  sistem  I<eselamatan  bagi

keutuhan slstern  yang  berkaitan.   Amalan  pengurusan   kecekapan  tenaga  perlu mematuhi keperluan  undang-undang.



5.      Untuk  Menyediakan     Latihan   Dan Informasi    Kepada   Kakitangan    Berkaitan   Dalam          Pengurusan    Kecekapan   Tenaga.



Latihan  dan inforrnasi  berkaitan pengurusan   kecekapan  tenaga  akan ditawarkan   kepada  komuniti  kampus  bagi membolehkan mereka mengambil  bahagian dan memberi sumbangan  secara berkesan  kepada usaha-usaha  organisasi dalam pengurusan kecekapantenaga.




6.      Untuk   Menyokong    Usaha  Kerajaan   Dalam  Mengurangkan   Pelepasan   Gas  Rumah  Hijau.



UTeM  memahami  dan menghargai   keprihatinan  berkenaan  peningkatan  pemanasan  global  dan pengurangan   bahan  bakarfosil. Keprihatinan    ini  akan  dapat   diterjemahkan    menerusi   aktiviti-aktiviti    di  UTeM  dan   komuniti   kampus   harus   peka  terhadap perubahan   iklim yang  semakin  meruncing.    Keadaan  ini boleh  menjejaskan   alam  sekitar  dan  memberi  impak  negatif  kepada generasi   masa  hadapan.   Oleh  itu,  setiap   kakitangan   dan  pelajar   UTeM  perlu  mengambil   bahagian   dalam   menguruskan kecekapan   tenaga  secara  aktif.




POLISI PENGGUNAAN TENAGA

Polisi  Penggunaan   Tenaga

Umum

1.       Ketua PTj adalah bertanggungjawab dalam menguruskan penggunaan tenaga secara harian.



2.        Waktu dan lokasi pengkuliahan dan aktivitl-aktiviti lain akan dikaji semula dengan lebih kerap bagi memastikan penggunaan tenaga yang paling cekap.  Aktiviti yang rnernerlukan pelanjutan tempoh operasi perlu digabungkan sebanyak mungkin.


3.        Fasiliti yang mempunyai beban tinggi akan dipantau dengan rapi untuk memastikan penggunaan secara optimum. cth. - Dewan Besar dan Stadium.


4.        Penarafan Label Tenaga atau peralatan paling cekap tenaga yang bersesuaian dengan aplikasi yang dikehendaki  perlu dipertimbangkan apabiJa menambah atau menggantikan lampu, unit penyaman udara atau peralatan elektrik yang lain.


5.                   Peralatan pejabat seperti mesin pencetak, faks, dan fotokopi harus diletakkan secara berpusat supaya peralatan tersebut boleh dikongsi oleh ramai pengguna.


6.        8agi  memastikan penggunaan utiliti yang cekap dan tahan lama, Sistem Pengurusan Bangunan hendaklah diguna dan disenggara secara berkala bagi memastikan kesesuaian operasi pemasangan peralatan AG, pengautomasian bangunan dan sistem pembangunan yang berkaitan.

7.       Audit Tenaga dan Peralatan hendaklah diimplementasikan secara berkala.








Elektrikal

1.        Lampu  hanya  boleh digunakan  apabila  pencahayaan   sedia  ada tidak mencukupi  untuk melaksanakan   fungsi  yang  diperlukan atau  untuk  menjaga  keselamatan   komuniti  kampus;



2.         Lampu  hanya boleh dipasang  apabila  di kawasan  tersebut  sedang digunakan.  Apabila  mana-mana  bilik tidak digunakan  lampu perlu dipadamkan.    Amalan  ini perlu diikuti walaupun  bilik tersebut  tidak digunakan  bagi masa  yang sing kat;



3.         Di dalam  bilik yang  mempunyai   pelbagai  tahap  pencahayaan,   tahap  cahaya  tersebut  hendaklah  diturunkan   pada  penetapan cahaya  yang  paling  rendah;



4.        Semua  kecerahan   lampu  hendaklah  mengikut  tahap  pencahayaan   yang  ditetapkan   oleh  JKR  (rujuk  Garis  Panduan  Lampu

JKR).



5.         Lampu  awam  di semua  pejabatlbangunan    hendaklah  dipadamkan   mulai jam  9.00 malam  hingga  7.00 pagi pada  hari bekerja dan  pada  setiap  masa  pada  hari  Sabtu,  Ahad,  dan  cuti umum.   Pengecualian   terhadap  peraturan  ini perlu dimohon   secara bertulis  oleh  ketua  PTj dan  dikemukakan   kepada  Penolong  Naib  Canselor  (Pembangunan   dan  Pengurusan   Fasiliti)  untuk mendapatkan   kelulusan;







6.         Bilangan  lampu jalan  hendaklah  dikurangkan   untuk menjimatkan  tenaga;




7.        Bilangan  lampu di kawasan  parkir  hendaklah  dikurangkan   pada kadar minimum  selepas  jam  12 tengah  malam;



8.        Lampu  hiasan  semata-mata   akan  dihapuskan.    Penggunaan   lampu  untuk  acara  khas akan  diluluskan   mengikut   kesesuaian kes;


9.        Komputer   hendaklah  dltetapkan  dalam  mod sedia apabila  tidak digunakan;




10.      Tutup  dan tanggalkan   plag komputer,  monitor,  dan peralatan  elektrik  yang  lain, penghujung  setiap  hari untuk  menghapuskan potensi  keupayaan  'kehilangan  tenaga  walaupun  dalarn keadaan  dimatikan';  dan


11.      Permintaan   maksimum  (MD)  hendaklah  dikawal  ke tahap  optimum  bagi mengurangkan   caj permintaan  (RM150K  pada masa kini) dan untuk  melayakkan   mendapat  dlskaun  OPTR.




Mekanikal

1.        Penetapan suhu di semua ruang tertutup semasa waktu bekerja wajar disetkan pada suhu 24 0  C ± 1 0  C seperti yang ditetapkan oleh Pejabat Pembangunan untuk sistem berpusat dan oleh PTj f Fakulti untuk sistem penyejuk berasingan;



2.                   Sistem penyaman udara berpusat akan beroperasi dari jaml 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada han bekerja sahaja. Aktiviti yang dijalankan selain waktu bekerja hendaklah dijalankan di kawasan bangunan yang paling ekonomik untuk kesejukan;


3.        Pastikan semua tingkap dan pintu di bangunan yang berhawa dingin sentiasa bertutup rapat bagi mengelakkan kehilangan udara sejuk;



4.        Pengurus Tenaga PTj bertanggungjawab memastikan tetapan suhu dalam ruangan tertutup seperti yang dinyatakan dalam

(1) dipatuhi;


5.       Sistem Penyaman Udara Unit Berasingan;

5.1.     Memasang sistem penyaman udara unit berasingan di bifik kullah dan bilik mesyuarat yang tetah dikhususkan; dan
5.2.     Kuliah yang dijalankan selepas waktu pejabat hendaklah dilaksanakan di bilik-bilik yang dikhususkan ini.






6.        Reka Bentuk 8angunan Baharu;

6.1.     Tingkap harus berorientasikan ke arah Utara atau Selatan untuk menghalang penembusan sinar matahari secara langsung; dan
6.2.     Bangunan perlu direka dengan memaksimum penggunaan pengudaraan semula jadi  bagi tujuan  penyejukan dan mendapatkan pencahayaan secara semula [adl.

7.        Meminimumkan Peralatan yang Menjana Haba;

7.1.     Penggunaan peti sejuk secara berpusat;
7.2.     Bilangan mesin fotokopi/mesin percetakan dikurangkan; dan
7.3.     Mematikan televisyen di kawasan yang tidak digunakan.

8.         Amalan Mandatori Pejabat Hljau; dan

8.1.      Komunikasi rasmi bebas kertas seperti e-rnel, e-kalendar;
8.2.      E-mesyuarat; dan
8.3.      Perolehan hijau.




9.        Operasi dl Fasiliti  Akademik dan Pentadbiran - Peralatan dan komponen-komponen berikut akan dipadamkan(suis utama)
pada akhir waktu kerja setiap hari setelah digunakan:


9.1.    Lampu Pejabat;
9.2.    Komputer Pejabat, Pencetak, dan Monitor
9.3.    Mesin Fotokopi Pejabat; dan
9.4.    Semua Peralatan Elektronik.





PEJABAT   (PT J):     Pejabat  Penolong  Naib Canselor  (Pembangunan   Dan Pengurusan   Fasiliti) JAWATAN                   Pengurus  Tenaga
GRED                       41 dan ke atas (Mesti  memiliki  Lesen  Pengurusan  Tenaga  yang dikeluarkan  oleh   Suruhanjaya   Tenaga) BAHAGIAN/JABATAN/UNIT:       Pusat Kelestarian  dan Alam  Sekitar

SENARAI   TUGAS   DAN TANGGUNGJAWAB:

1.       Merancang  dan melaksana  aktiviti  dan  program  kesedaran  pengguna.

2.                  Membuat   kajian   semula   keberkesanan    program   kesedaran   dan  langkah~langkah   pemuliharaan    tenaga   dari  semasa   ke semasa.
3.       Menggalakkan   aktiviti  dan pendekatan   yang menyokong  proses  kelestarian  tenaga  dan penjimatan  elektrik.

4.       Mengkaji    semula   dasar/garis    panduan/peraturan     pengurusan    tenaga   dan   memberi    cadangan    kepada   Jawatankuasa

Pembangunan,   leT  dan Pengurusan   Universiti  (JPIPU)  bagi sebarang  semakan  dalam dasar  ini.

5.       Melapor   perkara   berkaitan   penjimatan   tenaga  dan  memberi   cadangan   langkah-Iangkah    penjimatan   kepada  JPIPU   untuk mengurangkan  perbelanjaan   universiti.
6.       Membantu  Jawatankuasa   Pelaksana  Pengurusan  Tenaga  dalam  melakukan  tugas  dan fungsi  berkaitan  penjimatan  tenaga.

7.       Melakukan  audit dan analisis  penggunaan   tenaga  elektrik  bulanan.

8.                  Menasihati   UTeM  dalam   membangunkan    dan  melaksanakan    langkah~langkah   bagi  memastikan    pengurusan    kecekapan tenaga.
9.       Memantau  keberkesanan   pelaksanaan.

10.     Membantu  menjaga  rekod  pengurusan   kecekapan  tenaga  dengan  rapi.

11.     Memastikan   maklumat  dan laporan  dihantar  kepada  pihak  Universiti  dalam  masa yang ditetapkan.







Pertanggungjawaban

Jawatankuasa    Pelaksana   Pengurusan   Tenaga   UTeM  akan  diketuai   oleh  seorang   Pengurus   Tenaga   dibantu  oleh  empat  orang Penyalaras   Penolong  Pengurus  Tenaga,  wakil  Penolong  Pengurus  Tenaga  PTj daripada  setiap  PTj,  seorang  wakil  Bendahari,  tiga orang  wakil  daripada   Pejabat   Pembangunan,    dan  seorang  wakil  daripada   PKA.  Jawatankuasa    ini  bertanggungjawab    membuat formula  dan  melaksanakan   dasar  tenaga  di UTeM.   Pengurus  Tenaga  akan  diletakkan  di Pusat  Kelestarian  dan Alam  Sekitar  dan perlu membuat  laporan  kepada  Pengarah,  Pusat Kelestarian  dan Alam Sekitar.   Laporan  kemajuan  bulanan  berkaitan  Jawatankuasa
PeJaksana  Pengurusan   Tenaga  akan  disampaikan   kepada  Jawatankuasa   Pembangunan,   ICT, dan  Pengurusan   Universiti  (JPIPU)

oleh  Pengarah  Pusat Kelestarian   dan Alam  Sekitar.




Perhubungan

Pengurus  Tenaga  akan  menyediakan   laporan  berkaitan  aktiviti  pengurusan  tenaga  kepada Suruhanjaya   Tenaga  setiap  enam  bulan berkaitan   inisiatif  pengurusan   tenaga  dan  pengawalan   penggunaan   tenaga  bulanan  di PTj. Jawatankuasa   Pelaksana   Pengurusan Tenaga  akan  membuat  laporan  bulanan  berkaitan  inisiatif  pengurusan  tenaga  dan perkembanqah   terbaru  dalam  mencapai  sa saran pengurangan   tenaga  kepada  Universiti  melalui  Pusat Kelestarian  dan Alam  Sekitar.




Sumber   Manusia
Jawatankuasa     Pengurusan   Tenaga   disokong   oleh  pihak   berkuasa   yang   relevan   dan  sumber   manusia   berpengalaman    serta mempunyai   peruntukan  kewangan  dan peralatan  yang  mencukupi.




Kajian Semula

Semua  aktiviti  pengurusan   tenaga  adalah  tertakluk   kepada    kajian  semula  secara  berkala.    AuditlKajian   semula  prestasi  tahunan

sistem  pengurusan   tenaga  akan  dilaksanakan   dan amalan  terbaik  serta  langkah-Iangkah   penambahbaikan    akan  dikongsi  dengan

semua  ketua  PTj.





Tarikh  Berkuatkuasa
Pollsi ini berkuatkuasa   pada tarikh  9 Jun 2015.
Pollsl Tenaga  UTeM akan  ditinjau  dan dikemaskini  terus  menerus.




No comments:

Post a Comment