Tuesday 31 October 2023

ANALISA BIL PUSAT KESIHATAN (PKU) BERDASARKAN DASHBOARD UTeM BAGI BULAN OGOS DAN SEPTEMBER 2023

 

ANALISA BIL PUSAT KESIHATAN (PKU) BERDASARKAN DASHBOARD UTeM BAGI BULAN OGOS DAN SEPTEMBER 2023






1.      

1.         Terdapat 2 aktiviti penggunaan tenaga di luar dari aktiviti biasa Pusat Kesihatan pada bulan Ogos 2023 iaitu :-

a)       Pembersihan dan Pencucuian Bulanan/Berkala di Pusat kesihatan pada 19.8.2023 yang melibatkan hari Sabtu ( 19.8.2023 ) . Pembersihan bermula 7.30 pagi dan mengambil masa sehingga 10 -11 jam.

b)      Aktiviti standby perubatan Karnival Sukan Masum Fasa 2 pada 25-30/8/2023 iaitu selama 6 hari .  Aktiviti bermula 7.30 pagi hingga 7 .00 petang. Terdapat jga aktiviti sehingga pukul 11 malam. 

2.           Manakala pada bulan September 2023 , terdapat 5 aktiviti penggunaan tenaga di luar dari aktiviti biasa Pusat Kesihatan iaitu :-

a)       Aktiviti tunggu sedia bagi penyelenggaraan berkala sistem voltan tinggi dan sederhana dan pepasangan yang berkaitan seacara tidak komprehensif pada 2-3.9.2023.

b)      Aktiviti bertugas untuk Pasukan Perubatan bagi Penganjuran 7th UTeM Invitational Taekwando (WTF) Championship 2023 peringkat Kebangsaan pada 9-10/9/2023

c)       Aktiviti Latihan Kebakaran Peringkat Kolej Kediaman Satria (Lekir) pada 8.9.2023

d)      Aktiviti perlindungan Perubatan Sutaf 2023 pada 25-29.9.23

e)      Aktiviti pembersihan, buffing dan pencucian bangunan PKU pada 9.9.2023 

3.         Peratusan penggunaan tenaga Pusat Kesihatan pada bulan ogos 2023 adalah sebanyak 0.49% iaitu terendah berbanding PTJ & PBU UTeM. Manakala peratusan penggunaan tenaga pada bulan September 2023 adalah 0.53% terendah berbanding PTJ & PBU UTeM. Ini adalah kejayaan yang membanggakan kerana Pusat Kesihatan dapat mengekalkan kedudukan penggunaan tenaga terendah di UTeM.

 

 

Sunday 8 October 2023

AKTIVIT KESEDARAN TENAGA DI KALANGAN MAHASISWA BARU SEMPENA MINGGU HALUAN SISWA BAGI SESI 2023/2024 PADA 6HN OKTOBER 2023

 Kelab Rakan Kesihatan dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTeM,  mengadakan Pameran Kesihatan dan Kecekapan Tenaga serta pengedaran risalah Jimat Tenaga pada 6 hb Oktober 2023 , di Majlis Haluan Siswa 2023/2024. Alhamdullilah , ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari mahasiswa baru. Tahniah kepada semua jawatan kuasa yang terlibat mnejayakan program tersebut.