Wednesday 26 July 2023

AKTIVITI KEMAS KINI SUDUT TENAGA PKU PADA BULAN JULAI 2023

 Aktiviti kemas kini sudut tenaga PKU telah dijalankan bermula 14 hb Julai 2023. Info kecekapan tenaga dikemaskini dengan info yang baru dan disusun cara yang lebih menarik.  Diharap sudut tenaga yang telah diberi nafas baru ini akan lebih menarik perhatian pelanggan yang hadir di PKU. semoga ilmu yang bermanfaat dan kesedaran kepentingan kecekapan tenaga dapat diterapkan kepada semua warga UTeM.






Monday 24 July 2023

AKTIVITI KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA DAN AIR DENGAN PENAMPALAN PELEKAT JIMAT TENAGA DAN AIR

Inisiatif Jawatan kuasa Tenaga Pusat Kesihatan UTeM (PKU), mereka pelekat baru Jimat Tenaga dan Jimat Air yang lebih eksklusif . Pelekat yang siap direka dilekatkan di semua kawasan yang bersuis , komputer dekstop dan sinki di dalam bangunan PKU. 








Friday 21 July 2023

AWARENESS KECEKAPAN TENAGA MELALUI EDARAN RISALAH KEPADA PELAJAR UTEM PADA JULAI 2023

Aktiviti Kesedaran Kecekapan Tenaga melalui edaran risalah Jimat Tenaga Pusat Kesihatan UTeM telah diedarkan kepada pelajar yang datang ke Pusat Kesihatan pada bulan Julai 2023. Semoga edaran risalah ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kecekapan tenaga. 








Thursday 20 July 2023

AKTIVITI PENJUALAN BAHAN KITAR SEMULA DI PUSAT KESIHATAN

 

Pada 20hb Julai 2023 , staf Pusat Kesihatan telah menjalankan aktiviti gotong royong serta mengasingkan barang barang yang boleh dikitar semula. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara, dan pencemaran air dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan komponen elektronik. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.






Monday 17 July 2023

LAWATAN TAPAK BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI BAGI PERMOHONAN PENUKARAN LAMPU LED DAN PEMASANGAN 'SPORT LIGHT' DI PUSAT KESIHATAN

 Inisiatif Jawantan kuasa Tenaga memohon penukaran lampu LED dan pemasangan 'Sport Light Solar" di Pusat Kesihatan. Cadangan ini bertujuan memantapkan kecekapan tenaga di peringkat Pusat Kesihatan . Harap ada perkembangan yang positif selepas sesi lawatan tapak ini.







Sunday 16 July 2023

AKTIVITI MELENGKAPKAN ROOM DATA SURVEY PUSAT KESIHATAN PADA 12-17/7/2023

 


Aktiviti menyemak dan melengkapkan maklumat Room Data Suvey (RDS)Pusat Kesihatan UTeM dilaksanakan dari 12/7/2023 sehingga 17/7 / 2023 . Ianya dilaksanakan mengikut masa yang terluang sambil menjalankan rutin tugas harian di Pusat Kesihatan. Data yang telah lengkapkan ditaip dalam bentuk excel dan dimasukkan ke dalam file tenaga. RDS perlu dikemaskini dalam tempoh 2 tahun dan ia merupakan salah satu syarat permarkahan.  Syabas kepada semua Jawatankuasa Tenaga yang terlibat.




PROGRAM ‘AWARENESS’ KECEKAPAN TENAGA SEMASA AKTIVITI GOTONG ROYONG DAN CEGAH AEDES (KERJASAMA PKU DAN KELAB RAKAN KESIHATAN (KRK))

PROGRAM ‘AWARENESS’ KECEKAPAN TENAGA SEMASA AKTIVITI GOTONG ROYONG DAN CEGAH AEDES (KERJASAMA PKU DAN KELAB RAKAN KESIHATAN (KRK))

TARIKH : 15 JULAI 2023

TEMPAT : KAMPUNG PULAU DURIAN TUNGGAL

Kelab Rakan Kesihatan (KRK) dengan kerjasama dari Pusat Kesihatan UTeM telah mengadakan aktiviti gotong royong di Kampung Pulau Durian Tunggal. Aktiviti kemasyarakatan ini disambut baik oleh penduduk Kampung Pulau Durian Tunggal. Tujuan utama program ini adalah untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan demam denggi di samping mendidik masyarakat setempat untuk menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal masing-masing. Bahkan , kami mengambil peluang mengedarkan risalah Jimat Tenaga Pusat Kesihatan kepada penduduk semasa program berlangsung. Amalan ini amat baik diteruskan bersama pelajar agar pelajar merasa bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti kesedaran kecekapan tenaga . Semoga penduduk di Kampung Pulau Durian Tunggal mendapat 2 manfaat iaitu kepentingan memerangi aedes dan kecekapan tenaga.
















Thursday 13 July 2023

BENGKEL TOT BAGI PENCERAMAH KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA DAN GGP 2023

 

BENGKEL TOT BAGI PENCERAMAH KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA DAN GGP 2023

TARIKH                : 14 JULAI 2023

MASA                    : 9.00 – 12.00 TGH

TEMPAT               : BILIK LATIHAN 1, PPPK.   HYBRID BAGI STAF PKU

Bengkel  TOT bagi penceramah Kesedaran Kecekapan Tenaga dan Government Green Procurement (GGP) 2023 telah dijalankan pada 14 hb Julai 2023. Bengkel ini melibatkan seramai 21 orang penyertaan dari 10 Pusat Tanggung jawab (PTJ) mahupun Pusat Berkuasa Universiti (PBU). Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah memberi pendedahan dan perkongsian ilmu , agar kesedaran kecekapan tenaga dapat dilaksanakan dengan lebih efisien diperingkat PTJ dan PBU tanpa menharapkan penceramah dari CENSEi. Menjadi harapan agar bengkel ini dapat melahirkan tenaga penceramah di peringkat PTJ/ PBU. Justeru itu dapat membantu CENSEi memperluaskan aktiviti kedaran berkaitan Kecekapan Tenaga dan Amalan GGP. 
















Tuesday 11 July 2023

MESYUARAT JAWATANKUASA TENAGA PERINGKAT PUSAT KESIHATAN BIL 2/2023

 

MESYUARAT JAWATANKUASA TENAGA PERINGKAT PUSAT KESIHATAN UTEM BIL2/2023 PADA 11/7/23 DI BILIK MESYUARAT PUSAT KESIHATAN UTEM





Tuesday 4 July 2023

KECEKAPAN TENAGA

 APAKAH KECEKAPAN TENAGA? 

Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna anda menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah atau di tempat kerja. 

Ini juga bermakna anda akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama!

Mengapakah anda perlu menggunakan elektrik dengan cekap?

a) Untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil (gas dan arang batu) yang: 

• bekalannya semakin susut 

• kos yang semakin tinggi 

• menghasilkan gas-gas berbahaya yang boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar,

b) Untuk memelihara alam sekitar yang merupakan satu-satunya warisan kita untuk generasi akan datang; dan 

c) Untuk mengurangkan perbelanjaan isirumah.

Penggunaan Elektrik Di Rumah Anda

Ruang dapur merupakan tempat penggunaan utama elektrik di rumah iaitu lebih kurang 45% dari jumlah keseluruhan seperti di Jadual 1. 


Pada kadar biasa anggaran bil elektrik bulanan bagi satu keluarga yang menetap di rumah kos rendah ialah RM80, rumah kos sederhana RM170 dan rumah banglo RM450.



Bil elektrik bulanan kebiasaannya akan bertambah mengikut peredaran masa disebabkan oleh penggunaan yang meningkat. Peningkatan penggunaan elektrik boleh disebabkan oleh : 

• penambahan bilangan peralatan elektrik yang baru; 

• bertambahnya tempoh penggunaan peralatan elektrik; 

• penggunaan peralatan elektrik tambahan seperti lampu hiasan dan lain-lain semasa musim perayaan; 

• penggantian peralatan elektrik lama berkuasa kecil dengan peralatan elektrik baru berkuasa besar selaras dengan keluarga yang membesar; dan 

• peralatan elektrik yang kurang cekap contohnya peti sejuk yang mengalami kerosakan pada termostatnya, kekurangan gas penyejuk atau kerosakan pada getah perekat pintunya yang akan menyebabkan peti sejuk terpaksa beroperasi untuk jangka masa yang lama dan membazirkan elektrik.