AKTIVITI






KEMPEN TUTUP & CABUT PLUG SEBELUM PULANG




Pusat Kesihatan UTeM melangkah setapak lagi dalam pelaksanaan penjimatan tenaga 
di kalangan staf PKU dengan melancarkan satu lagi kempen iatu 

Sn Etty
“TUTUP & CABUT PLUG SEBELUM PULANG”

Kempen ini mula berkuatkuasa pada  Ogos 2017 dengan memberi rating  2 star pada mana-mana bilik yang berjaya mengamalkan penjimatan dengan memastikan plug di tanggalkan sebelum pulang oleh individu yang bertanggung jawab. 

Terima kasih di ucapkan kepada Sn Etty yang telah menyediakan frame dan rating star untuk di tampal di semua ruang dan bilik yang terlibat.





Disediakan oleh:PPP Kanan 


_________________________________________________________________________________


TAKLIMAT BLOG PENJIMATAN TENAGA PKU
Tarikh : 06 Feb 2017

Masa : 2.30 ptg

Tempat: Bilik Mesyuarat PKU


Pada 06 Feb 2017 bertempat di bilik mesyuarat PKU telah diadakan satu taklimat blog penjimatan tenaga khususnya untuk ahli-ahli jawatan kuasa penjimatan tenaga PKU.

Taklimat adalah berkenaan cara-cara untuk mengemaskini dan memasukkan aktiviti-aktiviti atau artikel-artikel yang berkaitan penjimatan tenaga agar blog sentiasa dikemas kini dari masa kesemasa.


Taklimat dan tunjuk ajar telah diberi oleh En.Hamidon selaku admin blog kepada semua AJK. Semua AJK penjimatan tenaga PKU.telah diberi kuasa dan kebenaran untuk turut membantu dalam tugas-tugas memasukkan artikel dan mengemas kini blog.

Diharap dengan penglibatan semua AJK, maka blog penjimatan tenaga PKU akan memaparkan kandungan-kandungan terkini berkaitan aktiviti-aktiviti pejimatan tenaga di 
PKU.






Disediakan oleh:PPP Kanan 

_________________________________________________________________________________





MESYUARAT POST MORTEM AUDIT PENJIMATAN TENAGA 

Tarikh : 18 Nov 2016

Masa : 9.00 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat PKU


Pada 18 Nov 2016 bertempat di bilik mesyuarat PKU telah diadakan mesyuarat post mortem khusus untuk membincangkan pemarkahan audit yang diperolehi oleh PKU semasa pengauditan tenaga oleh Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA) baru-baru ini.

Pihak PKU telah menjemput En  Mohd Khanapiah Bin Nor selaku Penyelaras PPTE Zon 2


Dari Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA) untuk member taklimat dan penambah baikan untuk mencapai sasaran pengauditan yang lebih baik pada masa akan datang.







Disediakan oleh:PPP Kanan 


_________________________________________________________________________________



KEMPEN PENJIMATAN TENAGA SEMASA PROG PEMERIKSAAN KESIHATAN WARGA UTeM SIRI -4


Pusat Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Putra Specialist Hospital telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Untuk Warga UTeM Siri 4/2016 pada 2 November 2016 yang lalu bertempat di ruang legar Perpustakaan UTeM. Secara tidak langsung, AJK Penjimatan Tenaga telah mengambil peluang ini untuk turut serta mengedarkan risalah kepada staf-staf UTeM yang datang bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan. 






Objektif kami adalah ingin memberi kesedaran kepada semua staf bukan sahaja di pusat kesihatan malah diperingkat keseluruhan warga UTeM agar sama-sama menyokong dalam usaha kami menjimatkan tenaga serta menyelamatkan bumi untuk generasi akan datang.


Disediakan oleh:PPP Kanan 


_________________________________________________________________________________



EDARAN RISALAH PENJIMATAN TENAGA KPD PELANGGAN PKU

Sebagai salah satu aktiviti bulanan AJK PENJIMATAN TENAGA bersama lain-lain staf di PKU telah berjaya mengedarkan risalah-risalah penjimatan tenaga kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan rawatan sebagai salah satu sumbangan kearah kesedaran pentingnya penjimatan tenaga khususnya kpd warga UTeM.

Pengedaran risalah ini melibatkan semua bahagian di PKU termasuk bahagian pesakit luar, Makmal, Farmasi dan kaunter pendaftaran.


farmasi



                                          Bilik pemeriksaan                                  Makmal



                                        Bilik Pemerhatian                           Kaunter pendaftaran

Disediakan oleh:PPP Kanan

__________________________________________________________________________________


KEMPEN PENJIMATAN TENAGA SEMASA PROG SIHAT CERIA 5M


Pada 25 Sept 2016 bertempat di Kolej Kediaman Lestari satu prog sihat ceria 5M telah diadakan sebagai satu acara tahunan yang di anjurkan oleh Pusat kesihatan UTeM.
Sempena program tersebut AJK Penjimatan Tenaga telah mengambil kesempatan untuk mengedar risalah dan pamplet berkaitan penjimatan tenaga kepada pelajar dan peserta yang mengambil bahagian dalam program tersebut.
Sebanyak 500 risalah berjaya di edarkan sebagai salah satu aktiviti kearah kesedaran penjimatan tenaga.






Disediakan oleh:PPP Kanan


___________________________________________________________________________________


AKTIVITI PEMANTAUAN PENJIMATAN TENAGA

Bermula bulan Ogos 2016 sebagai aktiviti tambahan ,PKU telah melaksanakan tugas pemantauan kearah penjimatan tenaga dengan penglibatan semua staf. Pemantauan adalah merangkumi  giliran bertugas untuk memastikan suis lampu dan aircond ditutup sebelum pulang.


Jadual tugas diselaraskan mengikut mingguan di mana staf tersebut akan bertanggung jawab untuk memastikan suis –suis di kawasan berkenaan ditutup sebelum pulang

Satu sistem denda telah di perkenalkan jika terdapat ketidak patuhan
.

Disediakan oleh:PPP Kanan
__________________________________________________________________________________

KEMPEN SHUT DOWN BEFORE YOU LEAVE

Cik Nadzirah
Pada 4hb Ogos 2016.  Ahli Jawatan Kuasa Penjimatan Tenaga Pusat Kesihatan UTeM (PKU) telah memulakan kempen shut down before you leave di mana setiap monitor di PKU telah dilekatkan label peringatan dan kaedah penjimatan semasa menggunakan komputer.Kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama  AJK program 5S. Terima kasih diucapkan kpd Cik Nadzirah - Juruteknologi Makmal Perubatan yang menyediakan tanda label tersebut.





Disediakan oleh:PPP Kanan

_________________________________________________________________________________



MESYUARAT PENJIMATAN TENAGA BIL.3/2016

Tarikh : 26 Julai 2016

Masa : 2.30 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat PKU


FOTO


































                                                   













Disediakan oleh:PPP Kanan

_________________________________________________________________________________

SUDUT INFO PENJIMATAN TENAGA
PUSAT KESIHATAN


Pn.Huzaimah 



Selaras untuk mewujudkan sikap kesedaran dan perihatin tentang konsep penjimatan tenaga kepada semua staf PKU, maka bahagian AJK pentadbiran Penjimatan Tenaga dengan inisiatif  Jururawat Pn.Huzaimah telah mewujudkan satu sudut info penjimatan tenaga dengan meletakkan info-info dan pamplet yang berkaitan sebagai rujukan.



Disediakan oleh:PPP Kanan
_________________________________________________________________________________



No comments:

Post a Comment