Sunday 20 November 2016

KEMPEN PENJIMATAN TENAGA SEMASA PROG PEMERIKSAAN KESIHATAN WARGA UTeM SIRI -4


Pusat Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Putra Specialist Hospital telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Untuk Warga UTeM Siri 4/2016 pada 2 November 2016 yang lalu bertempat di ruang legar Perpustakaan UTeM. Secara tidak langsung, AJK Penjimatan Tenaga telah mengambil peluang ini untuk turut serta mengedarkan risalah kepada staf-staf UTeM yang datang bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan. 








Objektif kami adalah ingin memberi kesedaran kepada semua staf bukan sahaja di pusat kesihatan malah diperingkat keseluruhan warga UTeM agar sama-sama menyokong dalam usaha kami menjimatkan tenaga serta menyelamatkan bumi untuk generasi akan datang.