Monday 8 August 2016

PANDUAN 10 MINIT JIMAT ELEKTRIK (AIRCOND)


Sebagai pengguna yang bijak kita perlu fikirkan adakah ia keperluan atau kemahuan sahaja. Jika sekadar kemahuan abaikan saja penyaman udara. Tidak perlu membeli dan tidak perlu gunakan.
 “Habis tu, kami panas la”. Banyak cara yang boleh kita atasi masalah panas. Melalui system pengudaraan rumah. Guna alternative lain seperti mengunakan kipas bagi menggantikan penyaman udara.


Penyaman udara (AIRCOND)

JIKA ANDA RASA PENYAMAN UDARA ADALAH SATU KEPERLUAN. BELI DAN GUNA SEPERTI TIPS 10 MINIT JIMAT ELEKTRIK YANG SAYA CADANGKAN.


  • Beli yang berlabel 5-Bintang Suruhanjaya Tenaga.Ujian makmal menunjukkan ia akan       menggunakan kurang 25% tenaga elektrik daripada jenis yang standard/biasa.
  • Harga akan lebih mahal sedikit dalam beberapa ratus RM tetapi dengan tempoh penggunaan hingga 7-10 tahun, berbaloi dan akan lebih berbaloi jika ada kenaikan tariff elektrik.
  • Pastikan ruang yang sama ada juga dipasang kipas dan guna kipas saja kalau rasa cuaca agak   selesa dan tak perlukan penyaman udara dihidupkan
  • Tetapkan suhu dalam linkungan 24 -26oCelcius
  • Pastikan tiada/minimumkan apa-apa bukaan yang membolehkan udara yang lebih panas           masuk atau udara sejuk keluar dari bilik/ruang. Pastikan tiada kebocoran udara seperti bidai     tingkap atau ruang-ruang berlubang.
  • Jika sejuk pada waktu malam/musim hujan, naikkan suhu @ gunakan kipas sahaja.
  • Tetapkan suhu lebih tinggi dalam musim hujan sebab cuaca lebih sejuk di luar
  • selenggarakan penyaman udara anda apabila perlu. sentiasalah cuci penapis.

DI SEDIAKAN OLEH ; PEN.PEG.PERUBATAN KANAN


Friday 5 August 2016

Tenaga Boleh Baharu (TBB)

Selaras dengan matlamat Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (OPP3) (2001-2010) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) untuk mengalak dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharu (RE), maka Kerajaan telah merangka beberapa strategi bagi memantap dan membangunkan penggunaan RE sebagai sumber tenaga kelima (5) negara. Bagi tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), Kerajaan telah menetapkan sasaran penjanaan tenaga elektrik secara gridconnected menggunakan sumber- sumber RE seperti seperti; biomass, biogas, mini-hidro, angin, solar dan municipal waste pada kapasiti 350MW iaitu melibatkan 300MW di Semenanjung Malaysia dan 50MW di Sabah. Kerajaan sentiasa komited untuk mempastikan kejayaan pembangunan RE di Malaysia khususnya melalui pelaksanaan program Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharu (Small Renewable Energy Programme - SREP) yang diperkenalkan pada tahun 2001.

Pelbagai usaha dilakukan oleh Kerajaan bertujuan menarik minat pemaju-pemaju projek RE untuk melibatkan diri secara aktif dalam sektor ini seperti penubuhan infrastruktur untuk pembangunan RE, merangka program-program bagi pembangunan industri & pasaran RE dan menyediakan persekitaran yang lebih kondusif.

Projek Tenaga Boleh Baharu

1) Hidro Mini
Projek-projek hidro-mini yang terkini, segala perkara yang berkaitannya boleh diperolehi daripada laman webMalaysia Green Tech Coporation (MGTC).

2) Projek Tenaga Biojism
Program Nasional bagi 'Biomass-based Power Genaration and Cogeneration in the Malaysian Palm Oil Industry' (Biogen) Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi telah menerima kemudahan yang besar daripada 'GEF' bagi membangunkan sebuah projek untuk Program Nasional bagi 'Biomass-based Power Genaration and Cogeneration in the Malaysian Palm Oil Industry' (Biogen). Tujuan utamanya adalah untuk menentukan serta mengatasi segala yang menjadi penghalang dalam usaha negara mengkomersilkan penggunaan sisa buangan biojisim co-generation, termasuklah penjana kuasa 'grid connected' di Malaysia.


3) Tenaga Solar

Penggunaan tenaga solar amat terhad di negara kita. Penggunaan solar yang utama adalah sistem pemanasan air bersolar di hotel-hotel, industri kecil makanan dan minuman serta di rumah-rumah golongan kelas pertengahan atas. Adalah dianggarkan tidak kurang daripada 10,000 unit sistem air panas domestik telah dipasang setakat ini.
Satu pertiga daripada jumlah peruntukan kerajaan yang bernilai RM469 juta bagi program-program pengelektrikan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh telah diperuntukkan bagi tujuan pemasangan kuasa solar untuk kegunaan penduduk di kawasan luar bandar mahupun pedalaman.

Sebuah projek yang diberi nama '100kWp Demonstration Photovoltaic Project' telah dilaksanakan atas inisiatif Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dengan Kerajaan Jepun yang diwakili oleh NEDA di Marak, Sabah. Projek ini telahpun siap pada tahun 1995. Projek ini telah menjadi permulaan bagi pemindahan teknologi yang lebih cekap dan berkesan dalam aspek penjanaan kuasa PV.
TNB Research Sdn Bhd sedang menjalankan sebuah projek penyelidikan tentang 'Photovoltaic Grid Connected Roof Solar 3kW'. Ia dibiayai tabung amanah tersebut (RM500,000).
Selain itu, terdapat sebuah projek demonstrasi 'Hybrid Diesel Solar PV' oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia yang juga dibiayai tabung amanah tersebut (RM472,000).

DI SEDIAKAN OLEH ; PEN.PEG.PERUBATAN KANAN