Monday, 28 April 2025

Jangan Lupa 'Defrost' Freezer Anda!

 

Ketika membuat persiapan untuk rumah terbuka, pastikan ruang sejuk beku telah ‘defrost’ terlebih dahulu! Ini membantu penyimpanan makanan yang baik dan mengelakkan masalah seperti ruang terhad dan penggunaan tenaga berlebihan terutamanya jika peti sejuk anda bukan model bebas fros ๐Ÿ—✨

Lepas dah bersihkan fros, penuhkan balik ruang sejuk beku tu untuk elakkan fros dari terkumpul lagi ๐ŸงŠ

#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy #PetiSejuk #RumahTerbuka



 

Tuesday, 22 April 2025

Hari Bumi: Lindungi Alam Demi Generasi Akan Datang

Hari Bumi disambut pada 22 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran global terhadap pentingnya menjaga dan melestarikan alam sekitar. Sambutan ini bermula pada tahun 1970 di Amerika Syarikat dan kini diraikan di lebih 190 negara di seluruh dunia.

Tema Hari Bumi berubah setiap tahun, tetapi tetap berfokus kepada isu seperti pencemaran udara dan air, pemanasan global, penebangan hutan, dan kehilangan biodiversiti. Matlamat utama sambutan ini adalah untuk menggalakkan tindakan individu, komuniti, dan kerajaan dalam melindungi bumi daripada kemusnahan.

Antara aktiviti yang dijalankan sempena Hari Bumi termasuklah penanaman pokok, kempen kitar semula, pembersihan kawasan awam, serta program pendidikan alam sekitar di sekolah dan komuniti.

Sebagai individu, kita semua bertanggungjawab dalam memastikan bumi ini kekal sihat untuk generasi akan datang.. Kita boleh menyumbang dengan mengurangkan penggunaan plastik, menjimatkan tenaga, menggunakan pengangkutan awam, serta menyokong produk dan syarikat yang mesra alam.




Monday, 21 April 2025

Tips Penggunaan Microwave

 


Bila ada ramai tetamu, inilah masanya untuk kita gunakan microwave ๐ŸŒ€! Jangan lupa untuk pastikan bekas makanan tu adalah yang selamat untuk penggunaan ketuhar gelombang microwave, ok?

#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy #Microwave #RumahTerbuka

Thursday, 10 April 2025

TUTUP SUIS DAN PERALATAN SEBELUM MENINGGALKAN PREMIS

 

Walaupun company yang bayar bil elektrik, kita tak patutlah membazir tau. ๐Ÿ™…Jadi, kalau korang orang terakhir di pejabat, tutup semua lampu dan peralatan elektrik sebelum balik ke rumah.

Jom bina tabiat untuk selalu jimat tenaga supaya tiada elektrik dibazirkan ๐Ÿ’ช

#CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy



Thursday, 3 April 2025

TIP MEMBASUH BAJU GUNA MESIN BASUH AGAR LEBIH JIMAT TENAGA

 


Ikut tip-tip ini untuk basuh baju:

๐ŸงบBasuh dengan muatan mesin basuh penuh untuk penggunaan elektrik dan air yang optimum. Jangan lebih, jangan kurang!

๐ŸงบPilih kitaran yang bersesuaian supaya mesin basuh anda gunakan air dan tenaga yang sepadan dengan jenis kitaran.

๐ŸงบTahu tak, fungsi prewash menggunakan air dan tenaga tambahan sebelum cucian utama bermula dan tanpa prewash pun, baju anda masih bersih!

Oh, sekarang pun ada hari-hari yang panas terik ☀️Gunakan kesempatan ini untuk basuh sebanyak mungkin, nak kering pun senang!

#TipsBasuhBaju #CekapTenaga101 #MELP #EnergyLiteracy #mesinbasuh