Friday 2 August 2019

Kempen Kesedaran Penjimatan Tenaga bersama Naib Canselor UTeM


Pada 2 Ogos 2019 bertempat di Pusat Kesihatan Universiti, pihak jawatankuasa penjimatan tenaga berpeluang untuk berkongsi pamplet kesedaran penjimatan tenaga bersama-sama dengan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang baru iaitu yang berbahagia Profesor Dr Raha Binti Abdul Rahim. Pihak jawatankuasa amat terharu dan berterima kasih di atas kesudian pihak yang berbahagia meluangkan waktu untuk kempen kesedaran penjimatan tenaga ini.







No comments:

Post a Comment