Thursday 20 April 2023

6 Tips Jimat Elektrik Aircond

 

6 Tips Jimat Elektrik Aircond





Enam (6) tips jimat penggunaan elektrik aircond :

 

1.   Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

2.   Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.

3.   Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.

4.   Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

5.   Beli unit penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi. (Tinjauan kami mendapati ramai mengesyorkan jenis inverter)

6.   Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

 



No comments:

Post a Comment