Tuesday 25 April 2023

Langkah Penjimatan Elektrik Di Rumah

 


Langkah Penjimatan Elektrik Di Rumah



Jom kita amalkan langkah langkah di bawah untuk lebih jimatkan bil elektrik kita:-

  1. Menutup komputer selepas digunakan
  2. Berhenti mengecas komputer riba apabila kuasanya sudah penuh
  3. Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup semasa menggunakan pendingin hawa.
  4. Tetapkan penentu tempoh masa pada pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga
  5. Mencuci penapis pendingin hawa bagi mengoptimumkan proses penyejukan
  6. Gunakan cahaya semula jadi sebaik mungkin bagi mengurangkan kos pencahayaan
  7. Ketika cuaca panas terik, tindakan menutup tingkap dengan langsir tebal boleh menghalang haba masuk dan mengurangkan kurang beban pada penyaman udara (aircond) untuk menyejukkan bilik. Maka semakin rendah penggunaan elektrik.
  8. Memantau penggunaan elektrik harian melalui aplikasi MyTNB. Meter Pintar berupaya memantau penggunaan elektrik secara langsung, oleh itu, pengguna boleh mengendalikan tenaga dengan lebih efisien kerana meter ini boleh menghantar maklumat penggunaan tenaga kepada pengguna.

 


No comments:

Post a Comment